Khamis, 17 September 2009

ANCAMAN KESELAMATAN HAMPIR 'SIFAR'



Lima lagi tahanan ISA dibebaskan
PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pembebasan serta merta lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang terdiri daripada bekas pengikut Jemaah Islamiah (JI) setelah dianggap tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Mereka ialah Abdullah Daud, Mat Sah Mohd Satray, Ahmad Kamil Md Hanapiah, Mohd Nasir Ismail@Hassan dan Muhammad Amir Md Hanapiah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA terdiri empat rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia.
TEMAN rasa lega dengan pengumuman KDN tersebut, alangkah bahagianya jika kita semua
berada dalam negara yang aman,makmur tanpa ada kacau bilau dan terhindar dari rusuhan atau peperangan.
Cuma berbaki 9 orang saja di penjara Kamunting,itu pun 4 saja rakyat kita yang lain orang luar.
Bayangkan jika yang mengancam keselamatan negara tanpa ada undang-undang pencegahan yang berkesan seperti I.S.A bakal memberi ruang lebih ramai lagi anasir jahat yang menggunakan kesempatan.
Biarpun banyak pihak yang mempertikaikan I.S,A dan minta ia dihapuskan namun kita harus
ingat keselamatan negara bukan perkara kecil.Banyak negara yang huru-hara kerana kebebasan melampau yang tiada pencegahan.
Teguran dan pindaan kepada peraturan tertentu mungkin diperlukan untuk penambahbaikan undang-undang tersebut,yang penting ianya memberi impak yang lebih baik kepada keselamatan negara. Kalau kita tidak melakukan kesalahan apa yang nak ditakutkan dengan
undang-undang tersebut.Pihak pelaksana yang kita harapkan menjalankannya sebaik mungkin.
LEBIH menggembirakan bila tahanan di Kamunting menuju 'SIFAR' tanda negara semakin kurang ancaman keselamatan.Bolehlah pihak berkuasa berada dalam keadaan lega dan tumpu
kepada aspek kawalan yang lain pula.
PENTING SEKALI semua pihak perlu ingat bahawa keselamatan negara adalah tanggungjawab kita bersama.
'SALAM AIDILFITRI BUAT ANGGOTA KESELAMATAN SELURUH NEGARA'

1 ulasan:

  1. Salam, puak-puak PAS, PKr dan DAP nak jadikan Malaysia macam Indonesia, sebab itu dia suka sangat kalau ISA dimansuhkan...... supaya senang mereka nak mengganas.

    BalasPadam