Selasa, 22 September 2009

PRODUK HALAL KESELURUH DUNIA




Malaysia akan menjadi hab kolagen halal dunia pertama dengan kejayaan pengambilalihan syarikat bioteknologi Australia yang tersenarai, berpengkhususan dalam pembangunan dan pengkomersilan kolagen ovin. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengambilalihan itu dilakukan oleh syarikat berstatus BioNexus, Malaysia, adalah satu langkah penting ke arah menjadi hab kolagen halal dunia. Holista Biotech Sdn Bhd, syarikat berstatus BioNexus menyelesaikan pengambilalihannya ke atas Colltech Australia Ltd, yang memegang paten untuk mengekstrak kolagen ovin dari kambing biri-biri sehingga 2023. Kolagen ovin diterima secara budaya dan diperakui halal. Muhyiddin berkata, dalam tempoh singkat, sektor bioteknologi negara berjaya melangkah ke hadapan, sekali gus membantu meningkatkan tahap pembangunan negara. “Kita harap akan dapat meningkatkan sumbangan sektor bioteknologi ini kepada lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara,” katanya kepada pemberita, semalam. Beliau berkata demikian selepas menyaksikan upacara menandatangani dua perjanjian, usaha sama antara UEM Land Holdings Bhd dengan Malaysian Biotech Corporation Sdn Bhd dan Holista-Colltech dengan Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Muhyiddin berkata, walaupun jumlah peratusan itu agak tinggi, pelbagai langkah sudah diambil untuk mencapai sasaran itu terutama melalui aktiviti pengkomersilan yang ditetapkan dalam jangka masa 2011 sehingga 2015. “Kita mempunyai asas agak kukuh kerana ianya (asas) sudah ada. Yang penting sekarang ialah meneruskan ke fasa pengkomersilan dan pembiayaan,” katanya. Sehingga kini terdapat 114 syarikat yang diberi taraf BioNexus, katanya.
TEMAN rasa hab halal telah dipromosikan sejak lama dulu,tapi diperingkat pengguna tempatan pun terkadang timbul pelbagai persoalan bila penguatkuasa KDNHEP Mmemeriksa dan menyaman banyak pengusaha yang tahap kebersihan permisnya sangat kotor dan meloyakan.
Macamana kita nak jadi pelopor produk halal jika pengguna utamanya merasai pelbagai keraguan...maknanya kita perlu menyaring diperingkat kita dulu.Tak bolehlah anggap mudah
perkara ini sebab bila kita nak melaksanakan fardhu kifayah untuk umat dunia perlulah
bertanggungjawab sepenuhnya,kalau tidak kita akan tanggung dosanya.
Kepimpinan negara telah berusaha meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dan antara
bangsa sehingga ke fasa yang tertinggi dan nampaknya telah mendapat kepercayaaan yang baik bila penyertaan yang diterima semakin bertambah,cuma rasanya tugas PBT dan KEMENTERIAN yang dipertanggungjawabkan untuk terus memantau dari segi pelaksanaan skop HALAL itu.
SEMOGA PRODUK HALAL YANG DIHASILKAN BENAR-BENAR HALAL DAN TIDAK MERAGUKAN UMAT ISLAM MAHUPUN SELURUH UMAT DUNIA dan sampai satu ketika
Malaysia akan dilabel negara PRODUK HALAL dan pengusaha tempatan akan dapat nikmatnya
disamping terus menjana ekonomi negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan