Rabu, 2 September 2009

Benar dan betul kata K.P Khairy Jamaludin

Khairy anggap politik kekacauan tidak bantu rakyat Perak

IPOH - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, cubaan pembangkang mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini, semata-mata bertujuan menimbulkan kekecohan politik. Beliau berkata, pembangkang mahu memecahbelahkan rakyat dengan memporak-perandakan kedudukan politik negeri setelah rakyat Perak menerima pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. “Mereka tidak ada hak dan bidang kuasa kerana sidang DUN yang dipanggil itu adalah bekas Speaker yang sudah tidak ada jawatan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh V Sivakumar, yang juga bekas Speaker, mengeluarkan notis minggu lepas mengenai persidangan DUN yang akan diadakan hari ini dan memaksa Speaker Datuk R Ganesan membuat kenyataan meminta semua Adun supaya mengabaikan notis berkenaan. Khairy berkata, pembangkang di Perak kini terdesak kerana banyak usaha yang dijalankan pentadbiran negeri yang dipimpin Zambry membawa momentum yang positif kepada BN. “Politik kekacauan yang dilakukan pembangkang seperti ini tidak akan membantu rakyat Perak yang inginkan kestabilan politik demi pembangunan negeri,” katanya. - Bernama

K.P UMNO Khairy Jamaluddin...syabas kerna menjadi contoh generasi muda merperjelaskan
yang hak dan yang batil. Apa yang mereka lakukan itu tidak lebih dari retorik dan lakunan politik untuk memesongkan hati rakyat, melurut simpati dari sikap gila kuasa yang tiada penyudah.Sudahlah derhaka kepada raja,tak mahu terima apa yang telah ditakdirkan cuba membelakangi undang-undang dan peraturan..akhirnya nak jadi si Luncai terjun dengan labu-labunya..biarkan,biarkan
Dr. Zamry punyai formula bernas untuk Negeri Perak, ini yang merunsingkan mereka.Rakyat akan terus menilai dan terkesan dengan keadaan yang berlaku. Perilaku buruk yang mereka itu lakukan pasti dinilai dengan timbangan akal fikiran rakyat.Rakyat Perak akan berubah dengan
contoh kepimpinan yang cemerlang menerajui negeri.
Teruskan perjuangan pemimpin2 muda yang akan membawa negara kemercu terbilang.

1 ulasan:

  1. Salam, itulah sikap sebenar pakatan rakyat yang lebih mengutamakan undang-unadng komunis....

    Kalau mereka menghurmati perlembagaan negara, dan Institusi Raja, mengapa mesti bersikap macam kera dan lotong di hutan.......

    Kemabukan dalam mengejar kuasa, mereka menjadi bodoh sampai melupakan mereka juga adalah sebahagian pemimpin masyarakat..

    BalasPadam