Sabtu, 5 September 2009

Agama jangan dipolitikkan

BILA agama dipolitikkan akhirnya bakal menyusahkan diri sendiri,demikian nasihat mereka-mereka yang arif
Jangan campur aduk agama, politik
KUALA LUMPUR - Mana-mana jawatankuasa rumah ibadat bukan Islam yang dilantik perlulah mengendalikan dengan cermat, berhati-hati, tahu mana yang efektif dan berusaha menjaga keharmonian semua pihak. Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sesiapapun yang dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa rumah ibadat perlu menjaga nilai dan asas murni perpaduan kaum dan dilarang sama sekali menimbulkan sebarang provokasi perkauman. “Soal agama adalah perkara yang sensitif dan semua pihak harus berhati-hati tidak menimbulkan perkara yang boleh mengundang sebarang salah faham serta mengguris perasaan masing-masing. “Apa yang saya lihat kes di Selangor ketika ini adalah pihak pemerintah negeri itu telah mengubah perkara yang tidak patut diubah. Sedangkan sebelum ini, tidak timbul perkara tegang sehingga dua kaum, iaitu Melayu dan India berbalah soal rumah ibadat masing-masing,” katanya. :Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar bahawa jawatankuasa rumah ibadat selain Islam tidak harus dipengerusikan oleh orang politik kerana dikhuatiri akan meletakkan kepentingan politik melebihi sensitiviti kaum dalam menangani hal ehwal rumah ibadat di negeri itu. Noh dilaporkan berkata, adalah lebih sesuai jika Setiausaha Kerajaan Negeri mempengerusikan jawatankuasa berkenaan kerana beliau tidak mempunyai kepentingan politik dan akan menjaga kepentingan dan sensitiviti semua kaum dan agama. Mengulas perkara itu, Mohd Asri berkata, mengapa perlu ditimbulkan perkara yang menyusahkan diri sendiri, walhal formula kerajaan sebelum ini patut diteruskan dan diguna pakai sepenuhnya. Sementara itu, Penasihat Agama Islam Negeri Johor, Datuk Noh Gadut berkata, sewajarnya dalam soal agama ia perlu bebas dan tiada sebarang unsur politik. “Dalam Islam pun memang ditegaskan bahawa soal tempat ibadah iaitu masjid perlu bebas dan terhindar daripada politik dan tidak boleh campur aduk dengan hal dunia,” katanya.

ITU baru kes rumah ibadat.. yang berlaku di Selangor sekarang bila agama dipolitikkan melibatkan isu penjualan arak tanpa akta larangan oleh PBT kerana KHALID kata kena kawal sendiri.

BAGAIMANA pula rumah-rumah urut yang semakin bertambah dan kesannya kepada umat Islam.Inilah yang berlaku bila agama dipolitikkan oleh kuasa pemerintah yang tak sehati dan tak sejiwa,cuma berpakat luaran saja sebab nakkan kuasa.Bila kuasa dah ditangan mulalah nak jadi hero puak masing-masing hingga mengganggu-gugat hak orang lain dan agama lain,sedangkan segalanya dah termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang negara.

Entahlah...biar masyarakat menilai pakatan mereka ini kemana akhirnya...

1 ulasan:

  1. Salam, PAS hanya mempergunakan Islam untuk mencapai cita-cita pemimpin-pemimpin poltik mereka sahaja, sebab itu Nik Aziz dan Hadi Awang yang digelar Tok Guru membuat berbagai-bagai fatwa yang berkaitan dengan kepentingan politik... akhirnya umat Islam berpecah dengan fatwa-fatwa politik mereka....

    BalasPadam