Jumaat, 4 September 2009

Kg Buah Pala - Satu Tragedi

'Perisai manusia' halang roboh rumah


PENDUDUK kampung cuba menghalang jentolak dan pekerja untuk operasi meroboh rumah mereka di Kampung Buah Pala, George Town semalam.
GEORGE TOWN - Sebahagian penduduk Kampung Buah Pala di sini, naik angin dan bertindak menjadi 'perisai manusia' menghalang kerja-kerja merobohkan rumah oleh pemaju sekali lagi di sini semalam.
Segalanya bermula pada pukul 8.30 pagi apabila kira-kira 40 pekerja kontrak syarikat pemaju, Numestro Ventures (P) Sdn. Bhd. (Numestro) datang bersama dua jentolak, satu jengkaut dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad.
Bagaimanapun mereka dihalang oleh beberapa penduduk serta kira-kira 80 penyokong sebuah parti politik, pertubuhan bukan kerajaan termasuk Ketua Pemuda MIC, T. Mohan sejak pukul 7.50 pagi.
Ekoran itu, sehingga pukul 9.30 pagi, kerja meroboh gagal bermula berikutan perselisihan pendapat di kalangan penduduk kerana ada yang enggan membenarkan kerja-kerja meroboh dilakukan pemaju sebaliknya meminta ia dilakukan penduduk sendiri.
Penduduk mendakwa pemaju hanya boleh merobohkan rumah yang telah dikosongkan sahaja dan jika rumah masih ada penghuni, ia mesti dikecualikan.
Bagaimanapun kekeliruan dapat diselesaikan apabila perbincangan antara Pengarah Urusan Nusmetro, Garry Ho dan pegawai bailif polis dengan Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, M. Sugumaran berjaya mencapai kata sepakat tetapi dengan syarat kerja meroboh tidak menggunakan jentolak.
Bagaimanapun, tindakan agresif penyokong penduduk Kampung Buah Pala yang kemudiannya didakwa menyerang Garry bersama lima pekerjanya menyebabkan polis terpaksa bertindak menenangkan keadaan.
Tindakan polis termasuk anggota Unit Tindakan Ringan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berjaya mengawal ketegangan tetapi dalam insiden itu Garry cedera ringan apabila diasak kumpulan penyokong penduduk.

APA dah jadi ? kerajaan negeri ditunjangi DAP.. APAla sangat kuasa penduduk dan rakyat.
Pemimpin yang dipilih bagi membela nasib mereka gagal melaksanakan tanggungjawab. Sekian lama mereka perjuangkan nasib tapi penyudahnya rumah mereka nak diroboh juga.Cakap pemimpin di dewan berdegar-degar,komplen orang pun tak kurang hebatnya tapi bila tang tugas sendiri langsung tak le gi...
Kesian rakyat yang mengharap dan merintih,kemanalah arah mereka selepas ini hanya Tuhan yang tahu.Konflik terus berpanjangan tanpa penyelesaian,apakah nak menunggu sehingga ada korban -Kg Buah Pala akan terus berada dalam lipatan sejarah...DIMANA penyudahnya?

2 ulasan:

  1. salam,

    takpe...akan datang ni kita sokong HINDRAF lagi dan bagi undi pada DAP dan PAKATAN RAKYAT lagi..hanya mereka yang boleh menolong...

    BalasPadam
  2. Pulak dah, semalam baru terima kunci rumah baru dan duit pampasan, kata semua dah selesai..... betul jugak lah orang kata, kalau jumpa ular dengan ....... katuk dia dulu......

    BalasPadam