Khamis, 6 Januari 2011

3 Individu yang kena bersumpah...

DS Rais Yatim MENAFIKAN dakwaan dan sedia disiasat....ANWAR IBRAHIM,ADUN SELISING dan DS Rais Yatim.....Siapa yang akan bersumpah..?

MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya. "Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat." "Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.


Dengan cara bersumpah bakal mengembalikan keyakinan Rakyat dan mengembalikan maruah yang dicemar.... Saiful dan DS Najib pun telah melaksanakannya biarpun ada yang mempertikaikan cara dan tempatnya...

CUMA Anwar sehingga kini masih berdolak-dalik ....ADUN Selising bagaimana pula...?

2 ulasan:

  1. jangan lupa. azmin ali dan shamsidar pun kena bersumpah jugak. tuduhan ummi hafilda berat woo..hehe..

    Rais sudah. Azmin bila lagi?

    BalasPadam
  2. assalamualaikum tok..
    fenin2 bila dengar dan baca berita politis2
    dan fitnah menfitnah...

    panadol satu tok....

    BalasPadam