Penasihat Ekonomi Negeri nampaknya tidak melakukan apa-apa perubahan sebagaimana jawatan yang disandangnya. Apa yang dia mahu buktikan kepada rakyat walhal semua janji-janjinya tidak dilaksanakan,”
Betapa hibanya kita mendengar rintihan terbaru dari penjaja-penjaja di Taman Puchong di Majlis Perbandaran Subang Jaya,Selangor. PUCHONG - "Kami lebih rela bayar saman sebanyak RM50 sebulan daripada bayar sewa tapak yang naik empat kali ganda."
Demikian luahan hati sekumpulan penjaja kecil di Pasar Pagi Taman Puchong Indah di sini apabila Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menaikkan sewa tapak daripada RM360 sepetak bagi tempoh setahun kepada RM1,490 bermula 5 Januari lalu.
Menurut seorang peniaga bunga, A. Perumal (gambar kecil), 71, tindakan MPSJ itu terlalu kejam dan tidak berhati perut kerana rata-rata pendapatan peniaga di situ tidak begitu besar.
"Modal saya berniaga sehari cuma RM50 dan keuntungan yang saya dapat sekitar RM25 sehari. Kadangkala saya dapat RM7 sahaja sehari, cuba bagi tahu saya bagaimana saya boleh bayar RM1,490. MPSJ memang kejam," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Pasar tersebut yang telah wujud sejak tahun 1998 turut menempatkan seramai 150 orang penjaja dan mereka diberikan tapak seluas tujuh meter persegi untuk setiap petak...sumber kosmo.
Komen UG...Kalau pendapatan A.Perumal sekadar RM7 hingga RM25...beliau boleh dikategorikan miskin.Itu tidak diperincikan perbelanjaan hidup dan tanggungannya.Ini nak bayar sewa petak RM1,490 setahun..kira-kira RM161 sebulan.Tindakan MPSJ seolah-olah mahu membunuh penjaja kecil.Kemana arah mereka sekiranya sewa itu tak mampu dibayar?
Kenapa sesetengah pihak tidak mengkaji kesan terhadap rakyat bawahan bila membuat sesuatu keputusan.Apakah mereka fikir semua peniaga dapat laba yang besar....NAMA PUN PENJAJA..PENDAPATAN KECIL,KEKADANG TAK CUKUP UNTUK MAKAN...
FIKIRkanlah Wahai Penguasa......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan