Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77 berkata.., tindakan Najib tidak melawat jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, 61, bukannya suatu isu kerana Perdana Menteri memang langsung tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham kerana tidak dimaklumkan mengenainya.
LABIS 23 Jan. – Taktik kotor Pas mula terbongkar satu per satu termasuk yang terbaru mengenai penipuan dan putar belit parti itu yang mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak ‘lupa menziarahi’ jenazah seorang pimpinan UMNO cawangan yang meninggal dunia pada hari Perdana Menteri melakukan lawatan kerja sehari ke Felda Tenang, 18 Januari lalu.
Penduduk Felda Tenang berasa sangat kecewa lebih-lebih lagi apabila Pas mendakwa imam masjid Masjid An-Nur Felda Tenang, Mohd. Shariff Hassan, tidak mempeduli dan menguruskan jenazah berkenaan kerana sibuk meraikan kedatangan Perdana Menteri.
Penduduk juga sangat terkilan dan kesal dengan tindakan parti pembangkang itu yang sengaja menabur fitnah semata-mata hendak memburukkan Perdana Menteri dan penduduk kampung semasa Pilihan Raya Kecil DUN Tenang tanpa mempedulikan hukum hakam agama Islam yang menegah keras umatnya melakukan fitnah sesama Islam.
Sambil berharap supaya pengundi di DUN Tenang yang mendengar atau membaca mengenai fitnah tersebut supaya jangan mempercayainya, Hamzah berkata:
“Siapa kata orang Pas yang kendalikan semua urusan jenazah dari masjid hingga ke tanah perkuburan? Semua urusan itu kami yang lakukan kecuali imamkan solat jenazah dan itu pun, dia (orang Pas) tidak diminta berbuat demikian.
AKU lagi bengang...Ini kampung aku ...aku tahulah bagaimana tenangnya kampung aku..masyarakatnya yang selama ini tidak mengira fahaman parti sentiasa bersatu dalam segala urusan sosialnya.Tiba-tiba musim PRK ni ada pulak- puak yang mengaku dialah Islam sebenar mengeksploitasi kesejahteraan masyarakat kampung demi kepentingan politik sempit mereka.
Ayah aku Hj Hamzah telah lama berkhidmat sebagai Pengerusi Khairat Kematian di Felda Tenang dan aku tahu betapa bertungkuslumusnya 'Ayahanda' bila berlaku sesuatu kematian...
JANGANLAH main fitnah-fitnah macam ni ...memang aku tak suka..KALAU NAK KEMPEN ..KEMPENLAH CARA SIHAT..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan