Sibuk dengan PRK di DUN Tenang...aku nukilkan sejarah kampung Tenang...bagaimana ia mendapat nama dan akhirnya menjadi nama DUN.....
Kampung ini telah dibuka oleh Allahyarham Tuan Haji Mohamad Kamarul Afirin bin Alaudin bin Bahauddin yang digelar ‘ TOK TENANG ’ pada tanggal 22 Ramadhan 1221 Hijrah bersamaan dengan 03 Disember 1806 Masehi, Hari Rabu. Kampung ini dinamakan dengan nama Kampung Tenang bersempena dengan jolokan nama Tok Tenang yang membukanya. Tok Tenang telah disemadikan di sebuah makam yang terletak di kawasan tanah perkuburan lslam Kg.Tenang, lalu makam tersebut juga dinamakan ‘ Makam Tok Tenang’.
TOK TENANG, datang kesini dengan memudik Sungai Tenang dari Muar melalui Sungai Segamat. Beliau yang dipercayai seorang mubaligh yang berasal dari Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia, itu kemudiannya berhenti rehat lalu menunaikan solat asar ditepi tebing Sungai Tenang. Memandangkan kawasan tempat beliau berehat itu sungguh tenang dan damai, lalu beliau mengambil keputusan membuka tempat ini.
Semasa berehat dibawah sebuah pokok semasa berehat telah gugur tiga helai daun dihadapannya. Petanda tiga helai daun yang gugur yang mana sehelai tertangkup dan dua helai lagi terbuka memberikan petanda yang amat bermakna kepadanya iaitu mengikut firasat “Tok Tenang” tempat ini amat sesuai untuk di jadikan pusat penyebaran ilmu agama dan Pertanian juga Penternakan.
Beliau juga telah membina sebuah tempat untuk beribadah (Masjid) dan Pusat Pengajian Ilmu Agama untuk Penduduk disini. Masjid yang dibina amat unik dengan menggunakan putih telur sebagai pengganti simen. Masjid ini telah diperbesarkan dan dinamakan dengan nama ‘Masjid Darul Iman, Kg.Tenang, Labis’ dan masjid tersebut kekal hingga hari ini.
tak pernah plak dengar cerita pasal sejarah
BalasPadamkampung Tenang... menarikk