PENDAPATAN Negara Kasar (GNI) diunjurkan meningkat kepada RM 1.7 trillion pada 2020 daripada RM 600 billion pada 2009. Ini bakal meningkatkan pendapatan perkapita negara daripada RM 22,000 kepada sekurang-kurangnya RM 49,500 pada tahun 2020.
Inilah hasil semangat 1 Malaysia dengan falsafah induknya..'RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN' sebagai panduan utama kerajaan,bertindak sebagai peneraju matlamat negara.
Menurut PM DS Najib..Kekuatan 1 Malaysia ialah gabungan percambahan idea dan gandingan usaha gigih yang telah dicurahkan untuk keluar dari perangkap ekonomi berpendapatan sederhana lalu melonjak ketahap pembangunan yang lebih tinggi.
Sementara itu TS Muhyiddin pula menyatakan rakyat perlu bersyukur kehadrat Ilahi kerana negara dikurniakan dengan nikmat perpaduan,keamanan dan kemakmuran yang menjadi asas kesejahteraan hidup rakyat.
Semoga langkah TAHUN BARU 2011 akan terus diberkati dengan kurniaan nikmat kesejahteraan berkekalan...
Sesungguhnya dengan usaha takbir urus yang cekap oleh kerajaan, pertumbuhan ekonomi semakin rancak.Program Tranformasi Kerajaan dan Tranformasi Ekonomi semakin memberangsangkan.....
RAKYAT akan bertambah yakin kerajaan BN berada dilandasan yang betul.......bila ekonomi negara dapat terus DILONJAKKAN....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan