Khamis, 2 September 2010

KERJAYA KETALI GANTUNG....




BANDAR RAYA MEXICO - Pihak berkuasa Mexico kelmarin mengumumkan penangkapan salah seorang raja dadah paling dikehendaki, Edgar Valdez Villarreal yang turut dikenali sebagai The Barbie kerana kulitnya yang cantik.

Menurut satu kenyataan Kementerian Keselamatan Awam Mexico, penjenayah kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu ditahan pada satu operasi polis di tengah Mexico ekoran maklumat perisikan mula diperoleh sejak Jun 2009.

Valdez yang berusia 37 tahun merupakan orang kanan Arturo Beltran Leyva, ketua kartel dadah dan menjadi orang ketiga paling dikehendaki sebelum kematiannya pada Disember 2009 dalam satu operasi ketenteraan.

Sebagai ketua skuad pembunuh, Valdez dipercayai terlibat dalam rampasan kuasa untuk menggantikan Arturo yang bersaing dengan adiknya, Hector Beltran Leyva.

Jabatan Negara AS telah menawarkan hadiah mencecah AS$2 juta (RM6.29 juta) untuk maklumat yang boleh membawa kepada penangkapannya.

Berikut Raja Dadah pernah disenaraikan paling bahaya di dunia...

1. Pablo Emilio Escobar Gavira.

  • Raja dadah terkenal dan paling ganas daripada rangkaian Medellin Cartel.
  • Pada tahun 1993, Escobar mati di bawah tangan sekumpulan polis Columbia.
  • Selepas kematian, kumpulan Mendellin Cartel berpecah – belah dan pasaran dadah jenis kokain mula diambil alih oleh pihak lawan, Cali Cartel.

2. Amado Carillo Fuentes.

  • Penyeludup dadah utama di Mexico.
  • Bekalan kokain yang dibekalkan Carillo ke Amerika Syarikat (AS) adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding penyeludup – penyeludup lain di dunia.
  • Memiliki empayar kekayaan bernilai lebih RM81.58 bilion.
  • Turut dikenali sebagai El Senor De Los Cielos (Raja Langit).
  • Merintis penggunaan lebih 22 buah pesawat peribadi untuk menghantar kokain keluaran Columbia ke sejumlah lapangan terbang utama dan lapangan terbang kecil di serata Mexico.

3. Osiel Cardenas Gullen.

  • Raja dadah daripada kumpulan Gulf Cartel yang asalnya beliau adalah seorang mekanik.
  • Menerima jolokan Pembunuh Kawan kerana tindakannya membunuh Chava Gomez yang mengemudi Gulf Cartel pada ketika itu.
  • Banyak kontroversi yang ditimbulkan oleh Cardenas sehinggakan Biro Siasatan Persekutuan AS menawarkan RM6.5 juta untuk penangkapan Cardenas.
  • Ditangkap Tentera Mexico dalam satu pertempuran dengan Gulf Cartel pada 14 Mac 2003 di Matamoros, Mexico.

4. Joaquin Guzman Loera.

  • Selepas Cardenas, Loera menjadi ketua pengedar dadah utama di Mexico.
  • Bijak dan gemar menggunakan terowong – terowong yang rumit untuk menyeludup kokain dari Mexico ke AS sekitar awal tahun 1990 – an.
  • Pada tahun 1993, usaha Loera unutk menyeludup 7.3 tan kokain ke AS terkandas. Taktik penyeludupan yang menggunakan bertin – tin serbuk lada sebagai tempat simpanan dadah terkandas apabila bekalan itu dirampas oleh pihak berkuasa di Tecate, Baja California.
  • Dipenjarakan pada tahun 1993 dan berjaya meloloskan diri dengan merasuah pada tahun 2001.

5. Gilberto Rodriguez – Orejuela & Jose Santacruz – Londono.

  • Merupakan pengasas kumpulan Cali Cartel sekitar tahun 1970 – an.
  • Menggunakan status sebagai pengguna halal.
  • Mulanya, mereka terlibat dalam aktiviti penculikan dan penghasilan barangan tiruan. Kemudian, perniagaan itu berkembang kepada penyeludupan kokain dari Peru dan Bolivia ke Colombia.
sumber Kosmo.

BAYANGKANLAH SEJARAH PENEMUAN PIHAK BERKUASA BILA TERTANGKAPNYA SEORANG RAJA DADAH MEXICO... WANG TUNAI USD 250 JUTA = RM 875 JUTA tersimpan dirumahnya...... Sebab itulah ramai yang sanggup menjadikan mengedar dadah karier sebelum Ke Tali Gantung.......



4 ulasan:

  1. memang kaya la diorang ni..tapi sume haram..
    haha..

    BalasPadam
  2. Hidup di dunia sementara ,makan pun 3xsehari ,dengan duit banyak tu pun makan banyak tu juga.Nak ikut nafsu dunia dan seisinya pun tak cukup kalo mampu dibeli.bezanya perniagaan tu confirm stairway to hell lah.semoga Allah terima taubat semua pengedar dadah sebelum mereka dihukum gantung higga mati.azab akhirat amat berat.

    BalasPadam
  3. Pengedar dadah akan insaf dan bertaubat bila ditangkap.Ahli politik tak insaf..dari dalam penjara meneruskan ideologi.

    BalasPadam