Melahirkan 69 orang anak adalah sangat ajaib, tetapi itulah yang telah dilalui oleh seorang ibu di Rusia.........
Livia Ionce bersama suami dan sebahagian anak-anaknya
Feodor Vassilyev merupakan perempuan tersubur di dunia telah melahirkan 69 anak dari rahimnya.
Feodor Vassilyev merupakan perempuan tersubur di dunia telah melahirkan 69 anak dari rahimnya.
Nama Vassilyev tercatat di The Guinness Book of World Records, sebagai wanita paling subur di dunia. Ia adalah isteri seorang petani Rusia.
Vassilyev menjalani 27 proses bersalin secara normal untuk melahirkan 69 anak. 16 kali proses kelahiran kembar dua, tujuh kali persalinan kembar tiga, dan empat kali melahirkan kembar empat.
Sementara itu wanita paling tua menjadi ibu ialah Rajo Devi Lohan dari India dengan melahirkan anak 20 bulan lalu pada usia 70 tahun.
Setakat ni rekod dunia ibu paling muda pula adalah Lina Medina yang berasal dari Peru pada tahun 1939,dan melahirkan anak pada umurnya 5 tahun 8 bulanSesungguhnya anak merupakan aset yang paling bernilai kepada kedua-dua ibu dan bapa. Oleh itu, setiap pasangan yang telah berkahwin mempunyai keinginan untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyeri dan pelengkap kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga yang dibina. Firman Allah SWT yang bermaksud:
'Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia'
(al-Kahfi :46)
Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka . Bukan sahaja hidup di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya'.......
SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA....IBU..! AYAH..! AMPUNILAH DOSA-DOSA ANAKMU INI....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan