Ahad, 19 September 2010

TIDAK PERLU KUTIPAN DERMA.

SHAH ALAM – Keluarga Datuk Sosilawati Lawiya tidak membenarkan sebarang usaha pihak tertentu yang mengadakan kempen memungut derma membiayai jamuan majlis bacaan tahlil, bacaan doa untuk jutawan kosmetik itu.

Abang Sosilawati, Maskor Lawiya berkata, tindakan pihak tertentu yang melancarkan kempen memungut derma melalui laman sosial untuk membiayai majlis tahlil dilihat sebagai memalukan keluarganya.


“Mungkin niat mereka baik, kumpul derma dari orang ramai untuk mengadakan tahlil untuk Sosilawati tetapi tindakan ini memalukan keluarga kami.

“Kami tidak membenarkan usaha itu dilakukan kerana Sosilawati dikenali sebagai orang yang berada. Jika mahu buat majlis tahlil tidak perlu memungut derma kerana duitnya ada,” katanya.

Tindakan sedemikian dikesan daripada sebuah akaun dari laman sosial Facebook yang memohon sumbangan daripada rakan- rakan Sosilawati dan orang ramai untuk tujuan mengadakan majlis tahlil:. 


KOMEN UDANGGALAH....Betullah tu,walaupun kematian Sosilawati begitu tragis dan menarik simpati pelbagai pihak,tetapi bagi keluarganya kedudukan mereka tidak memerlukan wang kutipan derma untuk tujuan tahlil atau sebagainya. Mungkin bagi mereka kutipan derma lebih mustahak untuk mereka yang memerlukan. Walaubagaimanapun terimakasih kepada mereka yang berniat ikhlas tetapi juga membimbangkan jika ada yang mengambil kesempatan dari situasi ini....

1 ulasan:

  1. salam ziarah..

    Yang wak risau, ada org yang akan ambil kesempatan atas kesdihan org lain. Kununya mahu kutip derma dan disumbangkan pada keluarga si mati..last2 duit derma disonglap..

    BalasPadam