Majalah Playboy 'VERSI INDONESIA'
telah mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat apabila berada dipasaran Indonesia pada 2006. Ramai yang menentangnya tetapi dalam masa yang sama ramai pula yang suka hingga keluaran sulung Playboy habis dijual dalam masa yang singkat.
Walaupun tidak disukai kehadirannya dan kandungan majalah itu dilihat lebih "bersopan", Playboy sebenarnya telah berjaya "menakluki" Indonesia, sebuah negara yang mempunyai umat Islam teramai di dunia.
Apabila berasa umat Islam di negara ini seakan-akan sudah dicabar, organisasi-organisasi Islam termasuk kumpulan radikal seperti Barisan Pembebasan Islam (FPI) melancarkan "perang" terhadap penerbit majalah Playboy sehingga majalah itu ditarik balik.
JAKARTA: Pendakwa raya berkata bekas pengarang edisi tempatan majalah Playboy yang kini dibubarkan berjanji menyerah diri pada 8 Oktober ini.
Bekas pengarang Playboy Indonesia yang dikenakan hukuman penjara 2 tahun oleh mahkamah Agung Indonesia pada 27ogos lalu atas tuduhan menyiarkan gambar wanita separuh bogel dalam keluaran sulung majalah itu....
Pejabat Pendakwa Raya Jakarta Selatan berkata Erwin Arnada akan muncul untuk menghabiskan hukuman penjara dua tahunnya atas sabitan perbuatan tidak senonoh. Pendakwa raya diberitahu mengenai kesediaan Erwin menyerah diri selepas menghantar keputusan saman akhir kepadanya untuk hadir pada hari ini.
Bersabit penerbitan majalah itu bantahan di Indonesia pernah menyuarakan....Di Iraq dan Afghanistan Amerika memerlukan berbilion bilion dollar untuk dibelanjakan juga korban nyawa tentera dan rakyat mereka untuk memporakperandakan masyarakat dikedua dua negara itu, Di Indonesia, mereka hanya perlukan sebuah majalah Playboy untuk memporakperandakan masyarakat Islam.....
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?”. Nabi saw menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”.
SEKARANG SIAPA YANG DAH MULA MASUK LUBANG BIAWAK...?
Bro..... hanya batak-batak saja yang berminat dengan keluaran majalah ini.... batak-batak upahan dari sang al juburi...
BalasPadamsalam, blog tuan sudah dilink.
BalasPadam