Selasa, 14 Disember 2010

Bila Lelaki diGoda...!

Satu kajian membuktikan kini golongan lelaki juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran kepada tingkah laku bersifat seksual yang dilakukan oleh kaum hawa.
 
Menurut Ketua Laboratari Perubahan Sosial, Ekonomi dan Keamanan, Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jamilah Othman, meskipun fenomena itu agak janggal tetapi ia kerap terjadi di tempat-tempat kerja sejak kebelakangan ini.
Kajian kualitatif yang bertajuk Penyelesaian Konflik Gangguan Seksual di Agensi-Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia yang menemu bual sekumpulan responden pihak atasan mendedahkan fenomena itu memang berlaku.
“Saya telah menemu bual lelaki yang bertaraf bos dan mereka sendiri memaklumkan sindrom berkenaan. Kebanyakan pekerja bawahan wanita didapati suka mengganggu mereka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Jamilah memberitahu, perlakuan itu berlaku ekoran sikap wanita kini yang lebih terbuka, berani dan tujuan mereka sememangnya bermotif jahat.
“Wanita-wanita dalam kumpulan ini sanggup berbuat begitu kerana rakus untuk segera dinaikkan pangkat tanpa perlu bekerja keras,” ujarnya...sumber kosmo.

INI sebenarnya berita yang dinanti-nanti oleh lelaki yang ingin digoda....tapi aku rasa wanita penggoda ni ada maksud tersendiri,maklumlah yang digoda ialah BOS.Setakat lelaki POKAI kat luar sana ...sape nak goda,buang masa aje....!

4 ulasan:

  1. wanita ntu emang racun dunia,,
    tapii surga itu juga ada di bawah telapak kaki wanita..

    BalasPadam
  2. Sex harrasment....

    Tapi ramai lelaki yang "tipis" iman..... sentiasa menunggu-nunggu peluang untuk digoda.... Mencari alasan dan peluang...

    BalasPadam
  3. Adakah Konflik Gangguan Seksual ini berakhir dengan perkahwinan atau perzinaan? atau sememangnya kita lebih terarah kepada perzinaan daripada perkahwinan!

    BalasPadam