HARI INI BERGELAR PAHANG DARULMAKMUR.........Semasa melawat Muzium Negeri Pahang di Bandar DiRaja Pekan...aku sangat tertarik melihat sejarah bendera Negeri Pahang.
Asal Usul Nama Negeri Pahang
Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.
Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Tembeling.
Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu.Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu.Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan.Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.
SEJARAH BENDERA NEGERI PAHANG... Mengikut turutan diatas..
1. Digunakan sejak Zaman Bendahara sejak dari Melaka hingga Zaman Wan Ahmad.
2.Digunakan Zaman Sultan Abd.Jalil Riayaat Shah = 1699-1718
3.Digunakan di Zaman Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah= 1882
4.Bendera Pahang hingga sekarang.....
DAULAT TUANKU.....SEMOGA NEGERIKU KEKAL MAKMUR SEIRING NAMANYA....
Salam merdeka ,bersama-sama kita memperjuangkan erti kemerdekaan.
BalasPadamSelamat menyambut merdeka.
BalasPadamBaru tahu macamana rupa bentuk bendera negeri pahang dulu-dulu. Hehehehe....
Orang pahang yek.
dirgahayu darul makmur....
BalasPadam