Ahad, 8 Ogos 2010

PERPECAHAN MELAYU ANGKARA SIAPA?

PAS SENTIASA BERDOLAK-DALIK BILA SEBUT SOAL PERPADUAN.......


KUANTAN, 5 Ogos - Apalah guna perpaduan jika ia dibuat berdasarkan kepada bangsa dan bukannya agama Islam itu sendiri. Demikianlah sebahagian daripada ucapan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS dan selaku Pesuruhjaya PAS Pahang dalam ceramahnya di Markas PAS Felda Bukit Kuantan malam tadi. "UMNO mahu mengajak PAS bersatu atas nama Melayu. Jika mereka jujur kenapa tidak mengajak sekali PKR?. Dalam PKR kita ada ramai orang Melayu, Malah Anwar, Wan Azizah, Syed Hussin Ali dan lain-lainya semuanya Melayu. Kenapa hanya PAS yang dipelawa bergabung untuk bersatu kuatkan orang Melayu", kata beliau. "Saya agak hairan bila pemimpin UMNO mengatakan orang Melayu berpecah jika PAS dan UMNO tidak bersatu. Soalnya, siapa yang berpecah?. Perbezaan fahaman politik adalah perkara biasa yang berlaku, itu bukan berpecah tapi memang ada yang sokong UMNO, sokong PKR, sokong PAS dan sebagainya. Begitu juga dengan anak-anak kita. Apakah kita akan kata berpecah jika anak kita satu ada di Johor, satu di Kuala Lumpur, Satu ada di Kuantan?. Apakah kita kata keluarga tidak bersatu?. UMNO kata Melayu berpecah, sedangkan dalam UMNO sendiri wujud perpecahan. Di Trengganu misalnya, bekas MB Idris Jusoh itu sendiri pun tidak dapat untuk bersatu dengan MB Mat Said. Maka apatah lagi untuk bersatu dengan parti lain. Pemimpin UMNO berpimpi sebenarnya dalam isu perpaduan yang sering mereka canang-canangkan sekarang ini", tambah beliau lagi.

PERSOALAN PAS ' UMNO TIDAK JUJUR DALAM SOAL PERPADUAN'....Adakah PAS begitu
jujur? Bila ada yang menyebut soal perpaduan PAS mula tidak konsisten, ada kalangan pemimpinnya menggambarkan haluan persetujuan dan ada pula yang terkedu bila dikerling oleh DAP.

MENGAPA perlu mengajak PKR walaupun ada melayu didalamnya...Mereka adalah melayu yang telah lupa diri yang cuba menjual bangsa, kerana merekalah DAP mula naik tocang apabila
kaum lain mula dijanjikan dengan gunung emas sehingga bakal menghakis hak istimewa orang
melayu.

Fahaman politik dikatakan bukan perpecahan, namun adakah majoriti melayu yang telah menyokong UMNO,PAS dan PKR itu tidak berpecah namanya..itu tak termasuk yang bingai
menyokong DAP.

Perpecahan dalaman parti berlaku dalam UMNO mahupun PAS

Sebenarnya kalau sudah tak mahu jalinkan perpaduan itu, pelbagai alasan dan putarbelit
keluar dari mulut Ustad-ustad PAS ni...macamlah UMNO ni kemaruk dan terdesak sangat .

UMNO pun punya kekuatan sendiri......Andai kita sesama saudara Islam pun tak boleh berpadu......
apatah lagi kafir laknat....LANTAKLAH PAS memilih bersahabat dengan DAP.....!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan