Ahad, 8 Ogos 2010

GAJI PEMBANTU RUMAH LEBIH TINGGI DARI GAJI KERANI?


CADANGAN GAJI AMAH RM800 DITOLAK....

TELUK KEMANG 7 Ogos – Malaysia menolak cadangan Indonesia untuk tetapkan bayaran minimum gaji pembantu rumah warganya sebanyak RM800 sebulan kerana Malaysia tidak mempunyai struktur gaji minimum.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam, berkata, selain itu kerajaan berpendapat pertambahan daripada RM300 hingga RM400 berbanding gaji amah sekarang dilihat agak membebankan dan tidak munasabah.

IANYA ADALAH SUSULAN PERMOHONAN KERAJAAN INDONESIA YANG MENYATAKAN

BAYARAN GAJI TAK SETIMPAL DENGAN KHIDMAT YANG DIBERI OLAH PEKERJA MEREKA

'Kerajaan Indonesia akan mengemukakan tuntutan gaji minimum pembantu Indonesia di negara ini kepada RM800 (2.3 juta Rupiah) sebulan, meningkat daripada RM400 hingga RM500 yang ditawarkan ketika ini, pada mesyuarat dua hala yang akan diadakan di Jakarta'

RASANYA RAMAI MAJIKAN MEMBAYAR LEBIH KEPADA AMAH -AMAH NI...seperti pernah disuarakan oleh Datuk Subramaniam...

'Selain itu golongan majikan di negara ini sebenarnya snggup membayar lebih baik jika mereka menerima perkhidmatan yang baik daripada pembantu rumah tersebut. "Semuanya tertakluk kepada perkhidmatan yang diberikan oleh pembantu rumah terhadap majikan. Jika majikan berpuas hati dengan layanan pembantunya, mereka akan diberi gaji yang tinggi," katanya

PENTING sekali antara dua negara berjiran dan bersaudara in menjalin ikatan silaturrahim
yang lebih kukuh memandangkan selalunya bila timbul sesuatu isu satu pihak menyalahkan pihak yang satu lagi..begitulah sebaliknya..

Di Malaysia pun masih ramai pekerja dan rakyat negara ini yang punya gaji dan pendapatan dibawah 'PARAS KEMISKINAN'...

KERAJAAN PERLU BERI KEUTAMAAN KEPADA MEREKA DAHULU......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan