Selasa, 17 Ogos 2010

MESYUARAT TIKUS -TIKUS



Pada suatu ketika tikus-tikus di satu penempatan berasa amat bimbang dengan kehadiran seekor kucing yang amat ganas.Telah banyak keluarga tikus yang menjadi mangsanya. Demi menyelesaikan masalah itu ketua tikus berhasrat memanggil satu mesyuarat tergempar dikalangan komunitinya. Maka sampai masanya berhimpunlah tikus-tikus dikawasan itu untuk bermesyuarat. Ketua tikus pun mengemukakan masalah yang sedang mereka hadapi dan mohon cadangan anggotanya bagaimana untuk mengatasinya. Tiba-tiba seekor tikus tua bangun dan mengemukakan cadangannya ' Aku cadangkan kita menggantung loceng dileher kucing keparat itu, supaya apabila dia datang loceng tersebut akan berbunyi dan kita semua sempat bersembunyi '. ' Bagus cadangan itu kata ketua tikus, bagaimana yang lain?' Seekor tikus kecil lantas bangun dan berkata,' Masalahnya siapa dikalangan kita yang sanggup menggantung loceng tersebut?' Semua tikus- tikus yang hadir berpandangan sesama sendiri.......MESYUARAT BERAKHIR TANPA SEBARANG KEPUTUSAN.....

6 ulasan:

  1. salam ,
    artical yang baik dan mendalam kesanya.:).

    BalasPadam
  2. teringat pulak time koi tingkatan 6 dulu pnah buat cerita satira konflik tikus dan kucing ni

    BalasPadam
  3. hehe..ni patut ada siri kedua ni.

    BalasPadam
  4. A.K ,Cemomoi dan Windi...Tunggu kisah yang lain...

    BalasPadam
  5. ..... kemudian bangun seekor tikus kecil lagi muda.... "Wahai bro bro sekalian.. kenapa tidak kita racun "kucing" tu dengan "Kencing Tikus".. mana tau berkesan... kita kencing makanan yg dihidangkan untuk nya"......

    BalasPadam
  6. Salam Sang Pacat... Bulan Ramadhan ni kucing tu puasa.Siang asyik tidur, berbuka bersama tuannya.Walaubagaimanapun tikus-tikus akan bermesyuarat lagi...

    BalasPadam