Isnin, 16 Ogos 2010

KEARAH KEAMANAN SEJAGAT..


Presiden Amerika Barack Hussein Obama..dilahirkan pada 4 Ogos 1961 di Hawaii berketurunan Afrika/Amerika mempertahankan pembinaan masjid untuk umat Islam ketika majlis berbuka puasa.....

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam terus mempertahankan kebebasan beragama di negaranya termasuk hak umat Islam membina sebuah masjid tidak jauh daripada lokasi serangan 9/11 digelar 'Ground Zero' walaupun berdepan kontroversi hebat.


“Sebagai warga negara dan presiden, saya percaya umat Islam mempunyai hak yang sama untuk mengamalkan ajaran agama mereka seperti juga warga yang lain.


Masjid yang turut akan dilengkapi pusat komuniti tersebut telah diluluskan pembinaannya pada 3 Ogos yang lalu, dimana ketika Dewan Bandaraya New York mengumumkan penglulusan tersebut, terdengarnya tepukan dan sahutan gembira.

Namun terdapat juga suara dan bantahan mengenai projek tersebut.

Obama mengatakan masyarakat islam di New York mempunyai hak yang sama untuk mempraktikkan agama islam di New York.

Kerana membuat pilihan yang kurang popular, pendapat Obama tersebut turut ditentang pemimpin konservatif Republikan, Sarah Palin dan Newt Gingrich yang menyokong supaya projek tersebut dilupuskan.

perbahasan sama ada pembinaan itu patut dibenarkan mencetuskan perdebatan dengan penyokong menuduh pengkritik bersikap perkauman dan Islamofobia, manakala penentang memberi amaran ia adalah penghinaan kepada peringatan terhadap 3,000 mangsa serangan 11 September.


Apapun Masyarakat dunia terus memandang kepada Amerika dan Obama yang jauh berbeza
berbanding rejim terdahulu.....Apakah doa umat Muslim telah dimakbulkan Ilahi, demi melihat KEAMANAN SEJAGAT...!

3 ulasan:

  1. salam udang galah..
    amin... itulah doa umat islam setiap hari
    dan dimakbulkan Allah kerana ketulusan dan cinta mereka pd-Nya

    hmmm... walaupun aku kurang dgn Obama tapi aku suka dia luluskan pembinaan Masjid tuh.. Alhamdullilah..
    lepas ni umat islam di NY syg pd OBAMA

    BalasPadam
  2. salam,

    walaupun pembinaan masjid itu mendapat tentangan hebat oleh orang kafir, sekurang-kurangnya presiden Amerika itu tidak membenci islam seperti presiden2 sebelumnya..

    BalasPadam
  3. Nur dan Apai...Memang nampak perbezaan antara Obama dengan presiden sebelumnya,dimana kita amat sedih dengan kemusnahan Iraq dan Afghanistan.

    BalasPadam