Ahad, 15 Ogos 2010

TUNTUTAN BERSEDEKAH


Di dalam Sahih Bukhari ada menyebut bahawa Baginda saw. adalah orang yang pemurah dalam bersedekah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan....Apakah yang dimaksudkan dengan amalan sedekah..?

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 195

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Di antara amalan yang termasuk dalam pengertian sedekah ialah....

1- Menyampaikan ilmu pengetahuan dengan cara apapun.
2- Membantu orang lain dalam apa saja urusan selain perkara maksiat.
3- Berjalan menuju ke masjid atau ketempat solat berjemaah.
4- Mengangkat sesuatu yang mengganggu lalulintas dan yang membahayakan orangramai
termasuk membuang kotoran di masjid.
5- Menyuruh yang baik dan mencegah yang munkar.
6- Mengelakkan diri daripada melakukan kejahatan dan membantu orang yang dizalimi.
7- Memberi nafkah dan makan minum untuk ahli keluarga.
8- Memberi makan minum pada tetamu dan mereka yang kelaparan.
9- Menanam pokok sehingga dimakan ulat atau binatang.
10.Bermanis muka dan senyuman.
11.Membantu orang yang sesat dalam perjalanan serta berkata-kata dengan perkataan yang
baik dan lemah lembut.
12.Nasihat.
13.Memelihara harta mengikut kehendak agama.
14.Memberi tangguh bayaran hutang.
15.Tasbih,tahmid,takbir, zikirullah dan solat dhuha.
16.Mendamaikan pergaduhan.
17.Menyalurkan nafsu mengikut saluran yang halal......ruj. buku sedekah oleh Ustad Banjari.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 261
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

YA ALLAH JADIKANLAH KAMI HAMBAMU YANG PEMURAH.....

1 ulasan: