Selasa, 10 Ogos 2010

KEPULANGAN YANG PENUH BERMAKNA


Penyu kembali ke Rantau Abang - SEKADAR menyunting serangkap senikata lagu 'Penyu
Menangis' nyanyian Allahyarham Sudirman...

"Anak muda berkasih sayang , di Batu Remis melepas rindu..
adik ketawa di Rantau Abang , penyu menangis siapalah tahu..

RANTAU ABANG – Penantian seorang pemajak telur penyu untuk melihat sekumpulan anak penyu yang pernah dilepaskan olehnya lebih 30 tahun dahulu pulang semula menjadi kenyataan, apabila reptilia lindungan itu kembali mendarat di Pantai Rantau Abang, dekat sini, malam kelmarin.

Peristiwa bersejarah yang disaksikan penduduk tempatan dan beberapa Pegawai Jabatan Perikanan serta Pusat Kajian Penyu Rantau Abang itu turut disaksikan beberapa pelancong asing.

Berkongsi pengalaman, Mat Nor Hamid, 73, yang pernah menjadi pemajak telur penyu di Pantau Rantau Abang lebih 15 tahun bermula awal 70-an hingga lewat 80-an berkata, dia dapat mengecam penyu berkenaan adalah antara 3,000 anak penyu yang pernah dilepaskannya bersama Jabatan Perikanan pada 1974 berdasarkan tag pada bahagian kaki serta ekor spesies penyu yang sedang mengalami kepupusan itu.

“Saya terharu apabila melihat binatang lindungan ini kembali ke pangkuan kami.

Begitulah Pak Cik Mat Nor Hamid yang begitu sabar menanti kepulangan anak-anak penyunya..
Bayangkan sewaktu anak-anak penyu itu dilepaskan Pak Cik Mat Nor berusia 53 tahun..sekarang penyu yang pulang sudah berusia 30 tahun....

Bak kata peribahasa Bara digenggam biar sampai jadi arang..;Buat sesuatu yang sukar, mesti sabar sehingga kejayaan dicapai akhir'...

Kalau menanti kepulangan anak sampai 30 tahun pasti tak dapat menahan betapa sebak nya.....Begitulah kecewanya ibu si Tanggang bila anak derhakanya pulang, sehingga tergamak disumpahnya menjadi batu......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan