Sabtu, 25 September 2010

BUKAN KUASA MENTERI PELAJARAN.....KIT SIANG PENING KE?


 Kit Siang tak faham undang-undang? Tuduh Tan Seri Muhyiddin pilih bulu dan tidak bertindak....

MUHYIDDIN MEMBIDAS......



"Lim Kit Siang,, pergi masuk sekolah belajar undang-undang, tentang pentadbiran atau tentang pengurusan. Nama aje ketua pembangkang tetapi tidak tahu apa-apa." 

  Beliau mencabar orang kuat DAP itu untuk membuktikan di segi peruntukan perundangan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh Menteri Pelajaran untuk mengambil tindakan disiplin.
 Dakwaan Kit Siang  Muhyiddin enggan menggunakan kuasanya sebagai Menteri Pelajaran untuk mengambil tindakan terhadap seorang pengetua di Kulaijaya dan seorang guru di Bukit Selambau yang didakwa mengeluar kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini.
Menteri Pelajaran tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pegawai perjawatan tetap kerajaan seperti pengetua sekolah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang tindakan tatatertib terhadap kakitangan kerajaan berjawatan tetap mestilah mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada, setiap tuduhan juga perlu disiasat dengan teliti, manakala pegawai kerajaan yang dituduh itu diberikan peluang seadil-adilnya untuk menjawab tuduhan terhadap mereka.

Katanya jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan terhadap guru dan pengetua itu telah pun selesai menjalankan tugas mereka.
Muhyiddin berkata, di dalam kes pengetua dan guru sekolah terbabit yang merupakan pegawai kerajaan berjawatan tetap, kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka terletak di bahu Ketua Setiausaha Negara.

"Saya tidak boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya di atas desakan politik DAP atau lain-lain pihak. Perkara ini melibatkan perjawatan tetap kerajaan dan kita mempunyai prosedur dan peraturan mengenainya," katanya
"Kit Siang tidak faham ,bersikap emosional dan politikal, tak pernah jadi pegawai kerajaan. Dia orang politik, 100 peratus totok politik. Dia tidak faham dengan soal pentadbiran,hanya menarik perhatian dan sokongan" katanya.
"Hanya pihak yang melantik (pegawai kerajaan) sahaja berkuasa dan berhak untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawainya, menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai kerajaan berjawatan tetap,"
LAGAKNYA KIT SIANG SAJA BUAT BODOH SEBAB KONONNYA DIALAH HERO DAP?

6 ulasan:

  1. Jika orang BN buat tak ambil tindakan. Faham2 lah. Tak kan KSU diam saja.

    BalasPadam
  2. Kit Siang tahu undang-undang dan peraturan2 perkhidmatan awam.

    Dia sengaja membuat desakan supaya rakyat menyalahkan Menteri Pelajaran walaupun bukan bidang tugasnya.

    Peranan Kit Siang adalah untuk menanam kebencian dan kekeliruan di kalangan rakyat. Cara ini samalah dengan kaedah yang digunapakai oleh komunis.

    Tetapi alhamdulillah rakat Malaysia telah berjaya menghalau komunis dan insyaallah kita juga akan berjaya menentang hasrat DAP untuk merampas kuasa politik diu negara ini.

    BalasPadam
  3. Lim Kita Siang telah berjaya membawa parti DAP mara jauh ke hadapan dalam politik Malaysia.

    Dengan sikap politik yang amat berbahaya, Kit Siang mampu pula mendapat kerjasama yang luar biasa daripada PAS dan PKR.

    Dengan kerjasama ini boleh mempercepatkan keruntuhan kuasa politik pribumi yang selama ini menjadi tulang belakang kesejahteraan rakyat pelbagai kaum dan pembangunan negara bangsa.

    Kita berharap pentadbiran DS Najib dalam politik dan pemimpin tertinggi negara dapat menangani fenomena yang sangat meruncing ini.

    BalasPadam
  4. Dinasty Lim hanya nampak Melayu saja rasis.... selama ini mereka menyemaikan kebencian dikalangan kaum Cina terhadap UMNO-Melayu tidak kah lebih rasis...

    BalasPadam
  5. kit siang adalah contoh cina komunis yang masih ada di Malaysia. sepatutnya dia ni dihalau seperti kita menghalau chin peng.

    BalasPadam
  6. salam salam..
    fenin2.. sampai bila der

    BalasPadam