Selesaikan Hutang Anda Sebelum Mati........HUTANG PTPTN KENA BAYAR...Kecuali cemerlang memperolehi Ijazah Kelas Pertama...
KUALA LUMPUR - Jika sebelum ini peminjam degil Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihalang ke luar negara kerana tidak menjelaskan hutang, namun selepas ini mereka boleh menarik nafas lega.
Mereka kini boleh berbuat demikian bila-bila masa dengan syarat berjumpa PTPTN tujuh hari sebelum tarikh ke luar negara untuk mengadakan perbincangan mengenai hutang yang perlu dilangsaikan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah terbaru itu merupakan salah satu cara untuk menarik peminjam tegar datang berjumpa PTPTN sekali gus menyelesaikan masalah hutang tertunggak.
"Saya anggap cara ini juga dapat membantu PTPTN berjumpa dengan peminjam tegar yang degil secara bersemuka untuk berbincang secara baik bagi menyelesaikan masalah hutang tertunggak," katanya.
Aku petik satu cetusan rasa seorang peminjam PTPTN....."yang pastinya aku dah bayar gune duit KWSP aku.
aku actly keje govment. so, tak cukup 3 tahun lagik, takleh le amik sepenuhnya.
tapi aku kautim utk mik separuh dari simpanan aku kat KWSP tu utk bayar PTPTN nih..
ape2 pon tak rugi kalau mik KWSP bayar PTPTN nih..sbb leps 3 tahun n dah komfem duit KWSP tu ttp gak duit kita kan..
juz kurang ler sket..takpe, janji leh gak setel hutang kan.
Tapi tak bes nye PTPTN nih lepas 1 bulan aku tak bayar, tangguh, die dah hantar surat 14 hri notis suh bayr yg selebihnya secara ansuran. kalau tak, diowg block aku takleh ke luar negeri. GILE TAK?
Sebenarnya PTPTN telah menggunakan pelbagai kaedah menuntut hutang dari peminjam tegarnya..seperti 'Potong gaji '
Usaha pastikan pinjam dijelas secara konsisten mulai Jun depanTEMERLOH: Semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwajibkan membuat bayaran pinjaman menerusi potongan gaji mulai Jun tahun depan, kata Pengerusinya, Datuk Ismail Mohd Said.
Beliau berkata, ia usaha terbaru perbadanan berkenaan bagi memastikan peminjam membayar balik pinjaman secara konsisten pada masa depan.
Juga ......RM59.7 juta pinjaman PTPTN jadi biasiswa
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM59.7 juta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa sebagai pelepasan kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang memperoleh ijazah kelas pertama, tahun ini.Pelaksanaan dasar baru itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam pembentangan Bajet 2010 tahun lalu bahawa kerajaan akan menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf bermula tahun ini.
...............Ada beberapa ingatan daripada Rasulullah kepada mereka yang berhutang, sama ada yang suka berhutang, melambat-lambatkan pembayaran hutang atau mereka yang tidak melangsaikan hutangnya.
Rasulullah turut memberi ingatan bahawa jika seseorang itu meninggal dunia, sedangkan dia masih berhutang, dosanya tidak akan diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.
Seseorang yang berhutang hendaklah berikhtiar dan berusaha membayar hutang yang dipinjamnya kerana hutang itu wajib dibayar. Tindakan menunda atau melewatkan pembayaran hutang dilarang kerana itu satu kezaliman. Rasulullah bersabda yang maksudnya "penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman".
Sementara itu, sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu ketika menurunkan jenazah dari atas rumah menuju ke tanah perkuburan, waris si mati akan mengumumkan kepada orang yang hadir supaya menuntut mana-mana hutang yang ditinggalkan si mati.
Berkaitan hutang juga, roh si mati hanya akan bebas selepas segala hutangnya dijelaskan oleh warisnya atau sesiapa yang sanggup mengambil alih untuk menjelaskan hutangnya itu seperti orang perseorangan mahupun baitulmal......
PTPTN bukan Ceti atau Ah Long...Hasrat kerajaan memperkasa pendidikan demi kemajuan Negara harus dihargai oleh peminjam dengan membayar balik...untuk digunakan pula oleh generasi selanjutnya.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan