Selasa, 12 Oktober 2010

25 Negara PENDUDUKnya Sedang 'LAPAR' di Dunia..

MARIlah bersama kita salurkan bantuan bagi yang MAMPU...Renungilah mata anak-anak yang sedang KELAPARAN......

WASHINGTON — Kemiskinan, konflik, dan ketidakstabilan politik menyebabkan satu billion manusia menderita kelaparan tahun ini, yang sebahagian besar berpusat kepada anak-anak di Afrika dan Asia, menurut laporan Indeks Kelaparan Global yang diterbitkan pada ISNIN (11/10/2010).

"Dari 122 negara yang tertera dalam laporan tahunan, 25 negara di antaranya memiliki tingkat kelaparan yang cukup membimbangkan dan empat negara di Afrika berada pada tingkat sangat serius," menurut laporan International Food Policy Research Institute/IFPRI), Concern Worldwide, dan Welthungerhilte. 


"Perang saudara yang berlarut-larut sejak akhir 1990-an telah menyebabkan keruntuhan ekonomi, pengungsian besar-besaran, dan kondisi ketidakamanan makanan yang kronik menjadikan Congo negara yang penduduknaya paling 'LAPAR' di dunia mengikut laporan itu.

Turutan kelaparan terburuk seterusnya adalah Nepal, Tanzania, Kamboja, Sudan, Zimbabwe, Burkina Faso, Togo, Guinea-Bissau, Djibouti, Mozambik, India, Banglades, Liberia, Zambia, Timor Leste, Niger, Angola, Yaman, Republik Afrika Tengah, Madagaskar, Komoro, Haiti, Sierra Leone, dan Etiopia. 

BOLEH Menitis airmata kita bila mengenangkan begitu ramai manusia dalam kelaparan diseluruh dunia...
Sedangkan kita di Malaysia ramai orang 'mati' kerana KEKENYANGAN'....

Dalam sebuah hadith disebut: “Ziarahlah orang yang sakit, berilah makan orang yang lapar dan bebaskanlah orang yang susah!” Bela dan bantulah mereka yang kurang bernasib baik kerana kemiskinan itu boleh menyebabkan seseorang menukar agamanya. Dari Anas bin Malik r.a. menyebut, Sabda Rasulullah S.A.W “Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran“ (Hadis Riwayat At-Tabarani. ).

Majoriti negara tersenarai penduduknya beragama Islam...
Semoga membuka mata negara Islam yang kaya dan mewah MEMBANTU MEREKA....!

2 ulasan:

  1. salam brother UG
    aku tinggal di Tanzania lebih 4 tahun
    dan setiap kali menghantar anak kesekolah
    mesti aku mahu lalu di bahagian perumahan rumah2
    orang2 kaya disana

    dideretan2 itu terdapat org2 suwahili (afrika) menjual
    teh satu cerek besar dengan lauk pauk yang hanya membuka meja kecil.
    pelanggan2 mereka hanya duduk berkerusikan akar pokok besar..

    selalu menunjukkan dan bercerita kepada anak
    bahawa kita harus bersyukur dgn apa yg ada dan
    sentiasa ingat utk membantu org yg susah... =)
    dan

    BalasPadam
  2. Sebagai manusia, kita bersimpati untuk menghulur bantuan..... sebagai rakyat Malaysia, kita patut bersyukur dilindungi Allah dari berada dalam negara yang begitu.... na'uzubillah....

    BalasPadam