Selasa, 5 Oktober 2010

Orang Asli Galas dah ada calon sendiri?

Bunyinya macam pelik bila orang asli di DUN Galas tak mahu diganggu oleh mana-mana parti politik.Mereka nak berkempen sendiri dan dah ada jentera pilihanraya sendiri.Mereka mewakili siapa atau mereka dah ada calon nak bertanding?


KOTA BHARU 5 Okt - Masyarakat Orang Asli di Galas menubuhkan pasukan gerak gempur sendiri dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana parti politik semasa kempen pilihan raya kecil di situ tidak lama lagi. Ketua Masyarakat Orang Asli kawasan itu, Pandak a/l Panjang Ey berkata, jentera pilihan raya parti tidak perlu masuk ke kawasan mereka semasa kempen nanti. "Kami mempunyai jentera gerak gempur sendiri untuk berkempen dalam pilihan raya kali ini," katanya pada majlis ramah mesra dengan pimpinan Pas Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini. Pandak berkata, pemimpin-pemimpin masyarakat Orang Asli juga harus diberi peluang untuk berceramah bagi suarakan masalah dan aspirasi mereka pada pilihan raya kecil itu nanti.

Aku rasa ada yang tak kena dengan masyarakat asli di Galas ni.Mungkin mereka mahu jangan ada sesiapa datang berkempen di kawasan mereka sebab dah bengang dengan semua parti yang pernah menjadi wakil di sana.


Tapi, betulke mereka boleh bertegas dengan kenyataan mereka tu?..rasa-rasanya kenyataan tu macam ugut terhadap pihak-pihak tertentu yang bakal bertanding.Aku pernah dengar di satu kawasan ,semasa PRU orang asli ugut tak mahu undi kerana wakil rakyat tak pernah sampai ke kampung mereka ,bila tiba masa berkempen baru nampak muka..


Apapun kita bakal melihat apa sebenarnya motif masyarakat asli Galas bila tiba masanya nanti...

2 ulasan: