Rabu, 6 Oktober 2010

Bukan Melayu Perlu Fahami Sejarah Perlembagaan.

HAK KEISTIMEWAAN Orang melayu telah dipersetujui oleh kaum Cina,India dan minoriti lain.Kurniaan ini jangan diungkit dan diubah kerana kesannya ialah ketidakadilan kepada orang melayu...kata Pengerusi Majlis Amal Islam Malaysia,  Datuk Nakhaie Ahmad.

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Pembentukan Malaysia adalah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan yang antara lain memaktubkan orang Melayu diberi hak keistimewaan dengan persetujuan semua pihak.
Dengan persetujuan itu, hak keistimewaan orang Melayu tidak boleh dipertikai dan dibangkitkan oleh kaum lain.

Nakhaie berkata lagi...
"Sekiranya kaum lain hendak mendapatkan kuasa politik di negara ini, kuasa bererti memberi keadilan kepada rakyat dan bukan untuk merampas hak Melayu.
"Acuan kenegaraan hari ini sudah cukup adil kepada orang Melayu dan bukan Melayu yang turut mendapat jaminan hak di negara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam yang membidas sikap segelintir pihak yang ghairah memperjuangkan kaum sendiri dan mempertikai hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan.

KENYATAAN SULTAN JOHOR turut disokong oleh Osman Bakar ..Pengerusi Badan Bertindak Perpaduan Melayu.


''Saya meminta orang Melayu berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan,'' katanya.
Tegas beliau, orang Melayu perlu sedar mengenai perkara tersebut dan bukan Melayu pula perlu insaf dan memahami sejarah pembentukan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan.


"Masyarakat Malaysia harus tahu, hak dan kedudukan orang Melayu telah dijamin oleh perlembagaan dan perkara itu harus dihormati. kata Mohamad Razak..Presiden Majlis Belia Islam Malaysia(ABIM).....


"Perkara ini tidak boleh dijadikan bahan untuk memupuk perasaan benci antara kaum di negara ini," jelasnya.
Tambah Mohamad Razak, adanya hak keistimewaan Melayu ini tidak bermakna negara mengamalkan sikap perkauman, malah semua pihak haruslah berusaha membantu satu sama lain tanpa mengira bangsa walaupun Cina, Melayu atau India.
"Peranan institusi diraja sebagai ketua agama dan istiadat Melayu harus dikekalkan supaya kedudukan agama Islam JANGAN digugat," katanya.


Zaid Kamaruddin..Presiden (JIM) Pertubuhan Jamaah Islah berkata "Hak keistimewaan orang Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak perlu dipertikaikan lagi.
"Jika pindaan ingin dibuat dalam Perlembagaan maka ia perlulah dibuat dengan muafakat dan mendapat undian 2/3 Parlimen serta persetujuan Majlis Raja-Raja," katanya

MEMANG SUDAH MASANYA MELAYU PERLU SEDAR DAN BUKAN MELAYU PERLU MEMAHAMI SEJARAH PERLEMBAGAAN....Sepatutnya tugas pemimpin tidak kira dari parti mana pun memperjelaskan ketetapan ini kepada pengikut masing-masing tanpa prejudis....

SOAL PERJUANGAN KEPARTIAN untuk mencapai matlamat BERKUASA  adalah perkara yang berasingan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan