Ahad, 10 Oktober 2010

Istana diceroboh pencuri...

HAI...Macam-macam berlaku.Istana tempat bersemayam Yang Di-Pertuan Agong pun diceroboh pencuri.Pengawal pun tak menyedarinya...... Rasanya ini kerja 'Mat Pit',dah habis dah lokasi lain.....Istana jadi sasaran.


 KUALA TERENGGANU- Kira-kira 650 ukiran bunga hiasan tembaga pada pagar bahagian belakang Istana Nur Nadhirah, Jalan Kamarudin di sini hilang dipercayai dicuri baru-baru ini.
Kejadian itu hanya disedari kira-kira pukul 9 pagi Khamis lalu ketika pihak polis menjalankan pemeriksaan rutin di sekitar kawasan itu.
Istana itu menjadi tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin apabila Seri Paduka berangkat pulang ke bandar raya ini.
Ia berlaku sehari sebelum keberangkatan pulang Seri Paduka bagi menyaksikan upacara pelepasan peserta kejohanan sukan berkuda Sultan's Cup Endurance di negeri ini semalam.
Difahamkan, individu yang terlibat dalam kehilangan ukiran tersebut mungkin menyangka ia mengandungi emas kerana warnanya yang kekuningan atau mahu menjualnya kepada peniaga barangan lusuh.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan ketika ditemui mengesahkan kejadian itu namun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan....berita kosmo.

BUKAN sahaja Sultan tidak dihormati oleh segelintir rakyat, malah golongan pencuri pun dah tak mengira tempat...asal dapat habuan sudah..!
Nampaknya kawalan di Istana perlu ditambah,,jangan sampai ianya diceroboh lagi............
Apa salahnya selain pengawal istana,pasukan tentera,PGA , Wataniah atau RELA diberi tugas sesekali mengawal istana.

Sebagai contoh.....setahu aku Istana Sultan Johor punyai Askar Timbalan Setia yang cukup ramai.. bertugas dan mengawal disana,tak mungkin penceroboh berani kesana...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan