Sabtu, 9 Oktober 2010

Penonton misteri di stadium Komanwel New Delhi.

SELAMAT BERJUANG BUAT ATLET TANAH AIR DI SUKAN KOMANWEL KE 19 NEW DELHI..

 Pelik!........ Tiket habis dijual tetapi stadium kosong

SAYA tidak dapat bayangkan apakah reaksi pengkritik di tanah air andai gelanggang bagi acara sukan temasya besar di Malaysia hanya separuh penonton atau tiada penonton langsung.

Ia harus memalukan bagi penganjur tapi di New Delhi, senario ini dapat dilihat hampir setiap hari sehingga cetus persoalan apa sudah jadi dengan semua tiket dicetak. Di gelanggang angkat berat, umpamanya hanya atlit, pengurusan pasukan, pengadil dan jurugambar saja memenuhi ruang dalam gelanggang. 

Kebanyakan penonton yang hadir untuk membeli tiket kecewa kerana petugas di kaunter tiket berkata, semua tiket sudah habis dijual, pada hal dalam gelanggang masih ada banyak tempat duduk kosong.
Seorang penonton yang ditemui pula berkata, dia terperanjat apabila diminta mengisi borang untuk membeli tiket.

“Saya belum pernah lihat di mana-mana sebelum ini penonton perlu berbuat demikian,” kata bapa kepada seorang atlit tempatan yang bertanding di sini.


“Saya diminta menunjukkan kad pengenalan, alamat dan butiran lain. Ini membuat saya muak dan tidak mahu pergi ke stadium. Saya difahamkan, ini dilakukan sebagai satu langkah waspada memastikan saya tidak membawa senjata masuk ke gelanggang bersama pengganas.”


Di sini versi mengenai jualan tiket adalah pelbagai sehingga kita tidak tahu yang mana satu benar. Cuma apa yang pasti, anda tidak akan mendapat sebarang penjelasan apa yang sedang berlaku di sini sehingga tamat temasya - sama ada tiket sudah habis atau kenapa tempat duduk di gelanggang kerap kosong atau hanya separuh penonton.

Anehnya, sukar dibayangkan bagaimana penganjur Sukan Komanwel mahu membayar semula pinjaman kepada kerajaan pusat kerana penjualan dan agihan tiket menjadi satu isu besar.

Selepas melihat semua gelagat ini sejak beberapa hari lalu, saya hanya dapat membuat satu rumusan iaitu penganjur tempatan kita jauh lebih hebat dan penganjur di New Delhi boleh belajar erti ikhlas daripada kita--Namaste- Berita Harian..


MEMANG PELIK  bila keadaan begini berlaku....Tapi kalau tiket habis penganjur taklah rugi, lantaklah ada orang tengok atau tidak.Hairannya kemana pergi penonton yang beli tiket tu ya?

AKU PUN SEDANG  FIKIR  NI .........!

5 ulasan:

  1. salam brother UG
    dengarnya parking jauh
    security ketat
    dan mcm2 lagi.. itu yang membuatkan
    ramai yang tak sanggup nak masuk
    hanya kerana melayan permintaan ba_waw_da_waw_hah diorang..

    BalasPadam
  2. Agaknya diorang tak dapt cari jalan masuk stadium ka bro?

    BalasPadam
  3. mungkin mereka datang sebelum acara di mulakan.dah lama dok tunggu blum juga start tu mereka balik....hanya ramalan nujum..

    BalasPadam
  4. Ulat-ulat tiket dah booking habis.... tapi tak laku nak jual....

    BalasPadam
  5. Rasanya semua belum menjawab dengan betul.Aku pun tak dapat jawab lagi.

    BalasPadam