Isnin, 11 Oktober 2010

Ah Long Bukit Beruntung Tak lah Ganas.

RAMAI YANG TELAH MENJADI MANGSA..tetapi semakin ramai yang berminat meminjam...



KUALA LUMPUR - Membimbangkan! Percaya atau tidak, wanita bujang dan berkahwin menjadi golongan yang kian terhimpit apabila statistik Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA menunjukkan mereka semakin galak meminjam dengan ah long melibatkan hutang mencecah RM2.9 juta sejak 2009 sehingga Ogos tahun ini.

Dalam tempoh dua tahun itu, sebanyak 51 aduan yang diterima biro itu melibatkan wanita berusia dalam lingkungan 20 dan 30-an mengatakan hidup mereka diselubungi kebimbangan lantaran menjadi buruan lintah darat tersebut kerana gagal melunaskan hutang.

Bagi tahun 2009, sebanyak 51 wanita Melayu Lembah Klang telah meminjam dengan ah long membabitkan hutang RM2.2 juta manakala tahun ini sehingga Ogos pula seramai 16 peminjam berbuat demikian membabitkan hutang berjumlah RM784,000.

Difahamkan, rata-rata jumlah pinjaman berjumlah di antara RM1,000 dan RM300,000 itu dibuat oleh golongan tersebut ialah untuk memulakan perniagaan dan menyertai program pemasaran pelbagai peringkat (MLM).

Ketika mendedahkan perkara tersebut, ketua jabatan itu, Datuk Michael Chong berkata, walaupun jumlah pengadu melibatkan wanita Melayu masih rendah berbanding wanita kaum lain, ia tidak boleh dipandang ringan.

Komen ug...Kalau nak berniaga masih banyak cara meminjam wang....Bank dan pelbagai institusi pinjaman sedia menawarkan pinjaman.JANGAN lah sesekali mendekati Ah Long...MACAM PERGI SERAH NYAWA..!

4 ulasan:

  1. Budaya yang perlu dipandang serius oleh kerajaan. Ah long akan melemahkan dasar kewangan kerajaan bagi menghadapi inflasi.

    BalasPadam
  2. salam brother..
    adusss.. sampai berjuta2 tuh
    gimana ini.. tak pinjam duit buat modal tak ada

    nak salahkan sape ya?
    kerajaan?? bank?? selalu tak luluskan pinjaman rakyat utk buat modal niaga.. true rite??

    BalasPadam
  3. Kekadang tak boleh salahkan, kalau ada dikalangan wanita Melayu meminjam dari ah long.... kalau kita lihat, TKUN, AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia yang diberi amanah membantu peniaga-peniaga kecil Melayu khususnya terlalu banyak birokrasi... tak percaya cuba-cubalah intai agensi ini...

    BalasPadam
  4. Ah Long ambil peluang dari kelemahan semua agensi pemberi pinjaman yang sah.Bahayanya bila peminjam gagal melunaskan hutang...nyawa melayang.

    BalasPadam