Khamis, 28 Oktober 2010

PKR bakal jadi 'PARTI TAUKEH'......Hishammudin Rais.

DEMOKRASI PKR jemput JEMBALANG.....


TERIMAKASIH HR kerana berani berkata benar...Begitulah kolumis itu berbicara hari ini..amat berbeza dengan semalam..

Sistem pemilihan PKR yang sedang diperkenalkan hari ini amat terbuka. Keterbukaan ini dihebohkan sebagai merayakan demokrasi. Ini silap. Sebenarnya keterbukaan ini hanya telah membawa masuk ramai ahli-ahli baru dalam PKR. Ini memang di alu-alukan. Dalam masa yang sama keterbukaan ini telah juga menjemput masuk pelbagai jenis hantu dan jembalang dalam PKR.

AKU petik beberapa perenggan yang rasanya sangat elok untuk dinilai oleh semua...


- Pucuk pimpinannya cuba membawa demokrasi dengan membezakan diri mereka dengan demokrasi yang diamalkan oleh musuh politik mereka. Ini adalah kesilapan besar. Mereka ingin 'meng-ada-kan' atau mencipta demokrasi.

- Sistem baru yang sedang dicuba oleh PKR ini amat jelas bukan mengembangkan demokrasi malah menguncupkan demokrasi. Kalau sebelum ini ahli-ahli PKR memilih pimpinan mereka melalui perwakilan, kali ini pengundian di seluruh negara, di setiap cabang. Seharusnya demokrasi dilihat berkembang. Hakikatnya mengempis.

- Saya berani berkata sedemikian kerana dari apa yang saya perhatikan, besar kemungkinan PKR akan menjadi parti tauke - parti orang-orang kaya. PKR akan menjadi parti untuk mereka yang memiliki dana dan modal. Rintik rintik dan awan hitam ini telah mula kelihatan dimana PKR berkemungkinan akan dibajak.


- Watak-watak reject dan recon kelihatan banyak diterima masuk untuk menjadi ahli PKR.Hasilnya, keterbukaan ini telah membawa masuk pelbagai gedebe, kaki pukul atau kaki buang kerusi. Para gedebe ini masuk dengan membawa penyokong-penyokong mereka.

- Akhirnya hanya mereka yang memiliki dana yang cukup sahaja yang boleh berkempen ke hulu ke hilir. Lihat dan saksikanlah, cita-cita untuk meluaskan ruang demokrasi kini telah dibajak oleh mereka yang kaya, yang berduit.
Jika sosok yang tidak memiliki dana tetapi masih ingin menawarkan diri maka sosok ini wajib bertemu dengan para tauke dan tuan besar yang memiliki dana. Sosok ini mesti sanggup merendah diri untuk menjadi kuda tunggangan para tauke, tidak kiralah tauke judi atau tauke 'lendir' China Doll. Pasti ada tuan-tuan besar yang berbini besar yang sanggup menaja. Di sinilah berlakunya pembajakaan.....sumber malaysiakini.

KomenUG... kita semua kenal  HR biasanya menulis tentang kebobrokan kerajaan dan UMNO...mungkin kali ini tak tahan tengok Sistem Pemilihan PKR,parti demontrasi jalanan sanjunganya,yang semakin terpesong......
Kononnya PKR berhasrat mewujudkan demokrasi sebenar demi membuktikan kebenaran perjuangannya..
Nampaknya haprak....

Demokrasi sebenarnya adalah untuk memilih warga yang memiliki ketrampilan intelek dan keilmuan untuk berfikir, berhitung dan mengambil tindakan serta keputusan secara rasional setelah menilai semua fakta.Ini yang dibawa oleh UMNO.Konsep satu ahli satu undi yang diwujudkan PKR cuba memperlekehkan cara pemilihan UMNO akhirnya memakan diri sendiri.

MEREKA TERLUPA  ahli PKR ramai yang lahir dari penentang-penentang dalaman UMNO dan mereka yang memang kaki gaduh.....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan