Selasa, 26 Oktober 2010

Rakyat Gua Musang ' dahagakan' Projek Perumahan Rakyat.

RAMAINYA RAKYAT MISKIN memerlukan rumah.....ORANG ramai menyerbu bimbang tak dapat borang...!sedangkan borang boleh dicetak lagi. Ada dalam kalangan pengunjung yang bergaduh sesama sendiri dengan menarik borang bagi mendapatkan borang tersebut hingga menyebabkan banyak borang yang koyak serta renyuk.

Kejadian tersebut juga nyaris mencederakan tiga beranak yang sedang berjalan untuk keluar dari khemah tersebut. orang ramai menyerbu masuk ke dalam khemah sebaik sejumlah borang diletakkan di situ.

“Melihatkan orang ramai mula menyerbu ke khemah, saya mulai cemas, ketika itu yang saya mampu berusaha menyelamatkan anak saya berusia 4 dan 6 tahun dari terjatuh atau pun terpijak...kata seorang pengunjung, Nik Mah Salleh.

GUA MUSANG - Kerajaan memperuntukkan subsidi u:ntuk golongan berpendapatan rendah dalam usaha membantu mereka memiliki kediaman sendiri di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan harga yang berpatutan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

:Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kediaman itu akan dijual antara RM33,000 dan RM35,000 seunit dengan kadar sewa RM124 hingga RM190 sebulan adalah rendah berbanding pasaran semasa.


”Pembinaan 1,500 unit kediaman ini menelan belanja RM180 juta dan membabitkan subsidi bernilai RM128juta. Kos pembangunan bagi setiap unit bernilai antara RM80,000 dan RM120,000 bergantung kepada lokasi dan kos tanah.

”Ini :bermakna kerajaan menanggung kos penyenggaraan dalam usaha untuk membantu rakyat di negara ini memiliki kediaman sendiri dan selesa walaupun tergolong dalam mereka yang berpendapatan rendah,” katanya. sumber sinarharian.


ITULAH keperluan utama rakyat bawahan...RUMAH dan makanan .Kalau keduanya telah terjamin barulah pergi kepada yang seterusnya pendidikan,kesihatan dsbnya.
Sama ada di kawasan luar bandar mahupun bandar, masyarakat Melayu adalah golongan teramai yang dikelaskan miskin dan miskin tegar .
OLEH kerana itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  mahu KLB  menyiapkan pangkalan data semasa merasmikan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
Pangkalan data bertujuan bagi memudahkan pelaksanaan program pembasmian kemiskinan dan kemiskinan tegar membabitkan 15,000 kampung di seluruh negara dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya menjelang 2012.

DS Najib berkata...'Beri tempoh kepada BN 10 tahun lagi ...kita akan beransur-ansur melaksanakan pembangunan dan menghapuskan KEMISKINAN.....".

2 ulasan:

  1. Terlalu ramai yang masih tinggal di rumah setinggan di tepi rel keretapi dan sungai.... kesian... kalau kita tengok macam rakyat melarat seperti yang terdapat di India dan Indonesia...

    BalasPadam
  2. Dengan adanya pilihahraya kecil ini tentunya membuahkan keuntungan kepada penduduk Gua Musang sana..

    BalasPadam