Rabu, 20 Oktober 2010

SABAH...Role Model Gagasan 1 Malaysia.

SABAH DIGELAR 'FIXED DEPOSIT' UNTUK BN...BN perlu mencatatkan kemenangan di Batu Sapi, demi menandakan sokongan kepada kerajaan untuk konsep 1Malaysia .


APAKAH SAPP kekal bertanding?.....Timbalan presiden SAPP, Datuk Eric Majimbun, berkata majlis tertinggi parti itu telah membuat keputusan untuk bertanding di Batu Sapi dan keputusan itu tidak mungkin diubah.

"SAPP adalah parti tempatan. Jika kami tidak bertanding di Sabah, di manakah lagi kami dapat bertanding," katanya.


Pakatan Pembangkang bakal mengadakan perbincangan kerana bimbang berlaku pertandingan 3 penjuru,nampaknya SAPP sedia membincangkan kerjasama dengan PKR dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.

WALAU APA PUN berlaku di pihak pembangkang BN tak perlu gusar...BIARKAN MEREKA......


Konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diuji buat julung kalinya di Sabah apabila rakyat di kawasan Batu Sapi, di bahagian pantai timur negeri itu keluar mengundi dalamn pilihan raya kecil pada 4 November ini.

"Saya fikir majoriti rakyat Sabah termasuk di Batu Sapi menerima atau telah mengamalkan konsep 1Malaysia sejak zaman dahulu kala. Kami mempunyai sejarah perpaduan yang panjang dalam kepelbagaian budaya, sebab itu perdana menteri kita telah menggambarkan Sabah sebagai 'role model' terbaik gagasan 1Malaysia.

"Tambahan pula, konsep 1Malaysia adalah baik untuk kita, terutama ia memberi tumpuan mengenai perpaduan kebangsaan dan pembangunan ekonomi untuk semua.


"Saya percaya rakyat Batu Sapi telah menikmati kemajuan pesat di bawah pimpinan BN, termasuk kemudahan asas dan bantuan lain seperti subsidi untuk nelayan," kata penganalisis politik tempatan dan bekas wartawan Othman Hamid kepada Bernama.

PASTIKAN PKR mahupun SAPP  berkubur di Batu Sapi.. Datuk Musa Aman pasti mahu membersihkan Sabah dari pengaruh pembangkang...dan membuktikan Batu Sapi memang KUBU KUAT BN...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan