Khamis, 14 Oktober 2010

Makan di Gerai bertemankan Tikus.

Dua juta tikus di George Town LEBIH BANYAK daripada penduduk bandar itu.......Setiap bulan 1300 ekor tikus ditangkap dan dibunuh di P.Pinang.



GEORGE TOWN - Nama-nama seperti Jalan Chowrasta, Jalan Penang, Jalan Macalister dan Jalan Burmah di sini memang cukup terkenal sebagai lokasi tumpuan pelancong.
Namun di sebalik populariti itu, disebabkan pengabaian kebersihan dan sikap ambil mudah segelintir golongan peniaga menyebabkan lokasi tersebut kini menjadi antara tempat pembiakan tikus.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris mendakwa, dianggarkan terdapat dua juta ekor tikus di George Town iaitu melebihi jumlah penduduk di kawasan itu terutama di kawasan gerai makan serta pasar.
Menurut beliau, perkembangan tersebut menunjukkan amalan pengurusan sisa dan kebersihan di negeri ini begitu rendah.
Katanya, kepesatan pembangunan bandar dan perancangan penduduk yang tidak sempurna memburukkan lagi keadaan.

AKU cuma nak cadangkan antara dua pilihan Majlis Tempatan menjalankan usaha besar-besaran menghapus tikus-tikus itu atau jadikan ia ikon pelancongan baru di Pulau Pinang.....


2 ulasan:

  1. Smart juga fatka nie Udang....

    CAT Guan Eng tak reti ke nak bunuh tikus2 nie..

    kaum tu memang pengotor sikit bro...

    geli aku.

    BalasPadam
  2. salam
    agaknya.. si GE masih lagi cari IDEA kot
    nak buat resepi baru utk new restoran dia.. heeeeeee

    BalasPadam