Rabu, 27 Oktober 2010

Kasihanilah mereka....Segerakan Pampasan.

Orang Asli kecewa tanah kebun mereka diceroboh .......
Mereka mendirikan khemah sementara bagi menghalang kerja operasi di tanah terbabit hingga pihak syarikat membayar pampasan. 

Kerakusan pihak terbabit mengusahakan projek lombong bijih besi menyebabkan  4 orang pemilik tanaman di sini, dihimpit kebimbangan apabila kebanyakan pokok yang ditanam musnah dalam sekelip mata.

“Tanah pertanian ini adalah rezeki kami sekeluarga sejak dulu lagi dan saya amat sedih apabila melihat kawasan ini kosong dan hanya ada jengkaut untuk menjalankan operasi cari gali,”


KAMPUNG GANOH,ROMPIN,PAHANG – Kira-kira 100 masyarakat Orang Asli Kampung Ganoh di sini, berhimpun secara aman bagi menuntut pampasan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti melombong bijih besi di perkampungan berkenaan.

Penduduk mendakwa, syarikat terbabit menjalankan kerja cari gali sejak enam bulan lalu di tanah pertanian yang diusahakan penduduk selama ini hingga menjejaskan sumber pendapatan penduduk.


Mereka turut mendakwa, kawasan seluas 3.2 hektar yang diusahakan oleh empat penduduk di kampung itu, kebanyakannya musnah akibat daripada kerja melombong besi terbabit.

Kebanyakan penduduk yang bergantung harap kepada aktiviti pertanian dengan menanam pokok getah, kelapa sawit, rambutan, pokok cempedak dan petai kecewa apabila tanaman mereka ditebang syarikat itu.


Seorang penduduk, Husin Yahya, 53, berkata, sebelum ini syarikat cari gali itu memberi jaminan kepada pemilik tanaman mereka berjanji membayar semula pampasan selepas syarikat terbabit menebang tanaman penduduk.

Bagaimanapun Husin berkata, sehingga ke hari ini syarikat itu belum menunaikan janji mereka kepada penduduk hingga sebahagian daripada pemilik tanaman hilang sumber pendapatan. sumber sinarharian.



Kampung Orang Asli Ganoh,Rompin  adalah penempatan lama yang dibuka sejak 1954 dengan dihuni lebih 54 keluarga.
Kebanyakan penduduk di situ hanya mengharapkan tanah pertanian yang diusahakan sejak sekian lama. Ramai lagi turut bimbang sekiranya kawasan lain di kampung ini juga akan mengalami nasib yang sama dengan apa yang berlaku kepada empat pemilik tanaman di sini.
Mereka berharap syarikat perlombongan memberi pampasan segera dan setimpal dengan apa yang telah diusahakan penduduk.....

Dikhabarkan bahawa Syarikat tersebut mendapat kelulusan Pejabat Tanah Rompin.....tetapi masyarakat asli di sana yang rata-ratanya miskin dan hidup ibarat kais pagi makan pagi sangat perlukan pampasan segera demi menyara kehidupan mereka.....



1 ulasan:

  1. salam brother UG
    kerajaan tidak pantau ke?
    moga kerajaan dapat settlekan masalah mereka
    dengan segera...

    BalasPadam