Rabu, 27 Oktober 2010

AZMIN pilih NURUL IZZAH....FUZIAH SALLEH tersingkir ke TEAM ZAID?


DARI SUMBER-sumber PKR di Permatang Badak Kuantan , dalam satu kenyataan Azmin secara jelas mengatakan bahawa beliau lebih bersedia untuk bersama Nurul Izzah. Nampaknya ada perubahan dalam "Team Azmin" Calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kini memilih Nurul Izzah Anwar sebagai regu barunya untuk bersaing dalam pemilihan PKR 2010

KINI jelaslah.... ini adalah cara Nurul Izzah ' membunuh'  Fauziah Salleh yang turut bertanding jawatan yang sama. Fauziah dianggap calon orang lama bahkan berkaliber oleh ramai orang PKR berbanding Nurul Izzah yang dianggap muka baru dalam PKR dan kurang bergelumang dalam dunia politik sedangkan yang ditandinginya ialah jawatan Naib Presiden..jawatan yang tinggi  dan penuh tanggungjawab. Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan sebelum ini dikatakan bakal mendapat sokongan penuh daripada wanita PKR untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Malah, beliau difahamkan satu-satunya pemimpin wanita yang mendapat mandat dan amanah daripada pergerakan itu. Namun, keadaannya berubah apabila Nurul Izzah tiba-tiba menawarkan diri bertanding jawatan tersebut.

Perpecahan pasti akan berlaku khasnya dalam sokongan kaum hawa yang terpaksa memilih antara 2 calon tersebut atau akhirnya semua terlepas. Apakah Nurul Izzah boleh bertanding tanpa menggunakan pengaruh Anwar dan Azizah, memang semakin jelas PKR adalah sebuah parti yang dikuasai oleh `keluarga DS Anwar'. 


Awalnya Fuziah yang merupakan calon pilihan PKR Pahang dilihat selesa kerana berada satu "line up" dalam Team Azmin dan Zuraida,tapi segalanya bakal berubah?. Kini Azmin  menyokong Nurul Izzah,  bagaimanakah nasib Fuziah ?.

Impian Fuziah  menjadi calon wanita pertama menang jawatan Naib Presiden kini tergugat, bila kelibat Nurul Izzah menjelma.

Persoalannya  ......Apakah Fuziah sanggup berada dalam "Team Zaid Ibrahim"?......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan