“Di sebalik tindakan ganas mereka mengikat dan memukul saya dua beranak dengan sisi parang ketika memaksa kami menyerahkan semua barang berharga yang ada, mereka turut meminta maaf kerana terpaksa bertindak demikian sedangkan mereka mengakui sebagai orang baik-baik.
“Suspek juga seolah-olah rasa bersalah dengan tindakan mereka mengikat tangan, kaki dan mulut kami malah berulang kali bertanya sama ada saya dan mangsa yang lain boleh bernafas atau sebaliknya,” katanya
KUANTAN - Seorang pengurus agensi Etiqa Takaful bukan sahaja terkejut dan ketakutan malah motif rompakan lima penyamun ‘pelik’ yang menceroboh rumahnya di Indera Mahkota 13 di sini tengah hari kelmarin turut menimbulkan tanda tanya.
Situasi yang dilalui mangsa, Nazila Mohd Nadzir, 46, ketika berdepan lima perompak berusia dalam lingkungan 30-an itu agak mencemaskan pada awalnya setelah dia bersama empat yang lain termasuk dua anaknya diikat kaki, tangan dan mulut selain diacukan sebilah parang.
Perompak ganas itu bagaimanapun mula berubah sikap menjadi lebih bertimbang rasa selepas mendapat habuannya malah meminta maaf berulang kali atas tindakan mereka mengasari dan merompak keluarga wanita itu membabitkan kerugian keseluruhan kira-kira RM20,000.
DUNIA NI ..macam-macam. Sebetulnya perompak tu tak termasuk dalam kategori GANAS cuma terpaksa merompak atas sebab-sebab tertentu..keperluan dan desakan hidup.
ATAU mungkin inilah pertama kali merompak jadi kurang berani lagi....
Bagaimanapun kakak tu dah hilang RM 20,000......
:)....
BalasPadamKalaau dia yang kena rompak (siperompak) bagaimana agaknya???
Baik......baik ada makna tu.....he...he...he... mungkin perompak tu terasa dia tersilap rompak kot...
BalasPadamsalam brother
BalasPadamhmmmm... kemungkinan kerana terdesak..
walau apa pun merompak mencuri itu salah
dan haram menggunakan duit itu
banyak cara lain untuk mengatasi masalah..
kasihan pd keluarga mangsa
semoga rezeki dibuka luas lagi..
P.S. perbanyakkan baca Alfatiha dan ayat kursi sblm tdo
Kalau dia yang kena,pasti dia suruh perompak tu minta maaf juga...Bagaimanapun jenayah rompakan sangat menular sekarang dan perlu dibendung.
BalasPadam