Rabu, 20 Oktober 2010

Pembangkang takut 3 Penjuru...

 Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee telah mengumumkan parti itu akan bertanding di Batu Sapi bagi menyakinkan rakyat Sabah bahawa mereka mampu menguruskan pentadbiran negeri sendiri.

Katanya, keputusan untuk bertanding adalah ujian getir bagi SAPP setelah berkerat arang dengan BN dan mengisytiharkan mereka sebagai parti pembangkang pada 2008.



 Semalam Anwar Ibrahim  mengumumkan PKR sebagai calon pembangkang dan berharap  Parti Maju Sabah (SAPP) - akan memberikan laluan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.


KUALA LUMPUR 19 Okt. - Parti Maju Sabah (SAPP) diminta tidak meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi bagi memberi laluan kepada calon pakatan pembangkang..sumber Utusan.


Dengan majoriti diperolehi BN 3,708 undi melalui Parti Bersatu Sabah pada PRU  ke 12 lalu........
Edmund Chong Ket Wah memperoleh 9,479 menewaskan lawannya hanya mendapat 5,771..Pakatan Pembangkang nampaknya ketar lutut nak menghadapi BN  dalam PRK ini..lebih-lebih lagi 3 penjuru...

Takkan Yong Teck Lee nak biarkan Pakatan Pembangkang ambil tempatnya sedangkan pembangkang tempatan dah ada...Nampak sangat PKR TAMAK nak tambah kerusi parlimen.....

SOALNYA SEJAUH MANA PENGARUH PKR DI BATU SAPI?....


2 ulasan:

  1. Tentulah PKR bermodalkan pancutan air dari si Nuar... di Galas PAS takut 3 penjuru juga weh...

    BalasPadam