Isnin, 25 Oktober 2010

1,500 Unit Rumah Untuk Rakyat Kelantan.

RAKYAT dapat RUMAH RAKYAT bukan LADANG RAKYAT......


"Kalau hendak tunggu kerajaan negeri Kelantan ini laksanakan, sama seperti menunggu 'bulan jatuh ke riba,' saya fikir sampai bila pun tidak sampai di Kelantan.
"Rakyat yang susah juga ada keinginan untuk memiliki rumah yang selesa, maka untuk itu atas pertimbangan dan kebijaksanaan pimpinan kerajaan BN, maka ia dilaksanakan hari ini.
"Di kebanyakan negeri (lain) pun, projek perumahan bukan saja dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat tetapi juga oleh kerajaan negeri yang mampu,"TS MUHYIDDIN YASSIN.


GUA MUSANG 24 Okt. - Kerajaan Pusat melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan membina 1,500 unit rumah bernilai RM180 juta di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang pertama di negeri ini., Pelaksanaan projek itu telah dirancang lebih awal selepas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan ini dan ia bukan bertujuan memancing undi ketika Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. sumber utusan.

Kisah Ladang Rakyat...aku petik sedikitdari blog The Unspinner.. ..
Ladang Rakyat ini adalah salah satu helah digunakan untuk memotong balak dan jadikan hutan Kelantan sampai botak seperti dalam gambar sini.

Nak memotong hutan dah ada kawasan2 yang kena sustainable pembalakan. Pembukaan hutan untuk perladangan adalah alasan yang digunakan oleh trio Husam, Nik Amar dan Takiyuddin untuk sapu licin hutan.

Apa dibuat selepas hutan ini disapu licin?

Memang betul dijadikan ladang. Apa dilakukan adalah untuk diberikan ladang itu kepada satu rakyat Cina yang sanggup kasi balik al fulus untuk lebai2 ini. Di ladang rakyat kawasan Gua Musang, taiko Cinanya bernama KK Tan.


Ladang Rakyat adalah airmata rakyat Kelantan.....Semoga Perumahan Rakyat bakal menyapu titisan airmata itu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan