Kaedah-kaedah motor (Had Laju) 1989 memperuntukkan bahawa kelajuan maksimum untuk bas ekspres dan bas pelancongan adalah 90 km/j di lebuh raya dan 80 km/j di jalan-jalan biasa.Kenapa kita TIDAK BOLEH AKUR?.....MEMANG JARANG KITA LIHAT BAS EKSPRES mematuhi had kelajuan milik mereka itu.....
AKU cuma membayangkan jika bas ekspres tak boleh memecut lebih dari 90km/jam...bagaimana kalau perlu tekan minyak ketika memotong sedangkan kenderaan dihadapan semakin hampir atau perlu menambah sedikit kelajuan kerana mengelakkan sesuatu yang bakal mengakibatkan kemalangan...
Bagi aku pemandu telah terdidik sepenuhnya dengan peraturan jalanraya.Bukan mudah menjadikan sesaorang layak sebagai pemandu kenderaan awam terutamanya.
Pada 10 Oktober lalu, seramai 12 orang terbunuh manakala 40 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah bas, tiga buah kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau .
Biasanya kita akan membuka mata dan mencari alternatif bila kemalangan atau sesuatu telah berlaku,tetapi kadar kemalangan tidak susut malah semakin meningkat....
KALAU KITA' BERI HON' kepada sesetengah pemandu atas sebab kesalahannya...KITA ditunjukkan PENUMBUK.....
mungkin anda ada PENGALAMAN YANG LEBIH HEBAT LAGI......MARILAH kita BERKONGSI......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan