Sivarasa Rasiah berkata beliau akan mendedahkan nama-nama individu yang mendalangi tindakan Rahimi Osman menarik-balik dua akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. Pendedahan itu akan dibuat dalam masa terdekat. Malah dia juga percaya ada individu yang mendalangi tindakan Rahimi meminda semula dua akuan bersumpah itu. Sivarasa menambah motif utama bukan tertumpu kepada kenyataan bersumpah tetapi usaha menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguam. Kami tidak terkejut dengan kenyataan terbaru Sivarasa ini sebenarnya. Menerusi risikan krew kami yang amat kenal rapat dengan si Rahimi hatta ayahnya sendiri mendapati ternyata pendedahan Sivarasa itu mungkin ada kebenarannya. Tambahan pula kami mendapat maklumat bahawa Rahimi baru sahaja mendaftar sebagai ahli parti UMNO beberapa bulan yang lalu. Maknanya kemungkinan besar ada orang yang rapat dengannya dalam UMNO yang mencadangkan "plan terbaru" ini. Soalnya, siapakah orang yang rapat dengannya dalam UMNO?. Apakah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) si Ezam Md Noor?. Jika dilihat kepada perjalanan cerita Rahimi, mungkin juga Ezam yang membawa beliau sertai UMNO. Tambahan pula Rahimi yang membawa Saiful Bukhari berjumpa Ezam untuk mengadu bahawa Saiful diliwat oleh Anwar pada tahun 2008 dulu. Maknanya Ezam kemungkinan besar "mastermind" untuk merangka segala tindakan terbaru Rahimi ini. Ezam dilantik sebagai Senator oleh Najib pun untuk tujuan ini sebenarnya. Selagi Anwar masih ada di depan mata, maka selagi itu Najib tidak boleh "lena tidur" dan kini "bagai cacing kepanasan".....petikan dari PahangDaily.
Komen Udanggalah..
- Pertamanya ada 4 kali 'MUNGKIN' iaitu 'Andaian' dalam kenyataan diatas.
1.Mungkin ada individu mendalangi tindakan Rahimi meminda akuan bersumpah.
2.Ayah Rahimi berkata pendedahan Sivarasa mungkin ada kebenarannya.
3.Kemungkinan besar ada orang dalam UMNO mencadangkan plan terbaru ini.
4.Ezam kemungkinan mastermind kes ini.
SIVA RESAH berkata motif Rahimi bukan tumpuannya kepada kenyataan bersumpah tapi nak jatuhkan Anuar. Jadi dia kata mungkin Ezam yang merencanakan semua ini setelah dilantik Senator oleh Dato' Seri Najib....
Siri Drama arahan Siva Resah ini menggambarkan Dato' Najib tak lena tidur dan bagai cacing kepanasan,...tapi umum dah mengetahui SIAPA yang tak lena dan kepanasan...bukan sebarang cacing..!
Soalnya sekarang SIAPA yang sediakan 2 akuan bersumpah itu..Rahimi hanya menandatangani.Kenapa pula PC Rahimi diganggu oleh samseng p.k.yaar?
Mengaitkan UMNO sebagai dalang adalah tugas rutin PIIKEHYAR setiap kali sakit dalaman nya menyerang.....Nampaknya tugas Sivaresah sebagai Sutradara Filem Terbaru ini begitu mencabar...
Salam perjuangan,
BalasPadamminta jasa baik tn untuk masuk kan link blog saya ke blog tn.blogger sarawak.
tq