Sejak tahun 1983 - 2008, Yayasan Pahang telah memperuntukkan hampir 0.5 Billion bagi bantuan pendidikkan anak2 Pahang. RM 150 juta daripadanya adalah Biasiswa, dan RM250 juta untuk pinjaman Yayasan Pahang, dan RM 100 juta utk program pendidikan.
JENGKA - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang menghargai sumbangan RM1.5 juta daripada Yayasan Pahang untuk menaja pelajar terpilih mengikuti program Mengubah Destini Anak Bangsa selama dua semester. Pengarahnya, Prof Madya, Datuk Dr Hilmi Ab Rahman berkata, melalui tajaan itu, lebih ramai pelajar yang berasal daripada golongan berpendapatan rendah tetapi cemerlang dapat mengikuti pengajian di UiTM.
Menurutnya, UiTM akan terus memainkan peranan untuk mendidik anak bangsa dalam bidang akademik dan kepakaran dalam pelbagai bidang yang dapat mengisi peluang pekerjaan negara.
sumber sinarharian.
Sedikit maklumat mengenai skim geran dan kelayakan penerimanya.....Skim ini mula diperkenalkan pada tahun 1999. Skim ini dikhaskan kepada pelajar - pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang dikenalpasti oleh YP dan diiktiraf oleh Kerajaan.
Pelajar akan diberi bantuan RM500 sebagai persediaan awal ke IPT sebagai penghargaan kerajaan negeri kerana menambah jumlah anak Pahang di menara gading.
KRITERIA
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai ;
i. Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
ii. sekiranya Pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang , maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun .
Aku biasa ke YP untuk mohon geran anakku yang melanjutkan pelajaran...sungguh istimewa layanan petugas-petugas di sana..sehingga hendak ke tandas pun ditunjukkan sampai ke muka pintu....
salam
BalasPadamselalunya bila dilupa
bila kulit semakin menjadi tebal... huhuhuhu
adat manusia