"Kita buat banyak tapi tak riuh rendah. Mereka buat sedikit tapi riuh sekampung. Kita buat bangunan tak gembar gembur...kita buat setinggi gunung...(tapi kadang kadang) orang tak hargai," DS Najib...
DS Najib juga menyatakan... pelbagai insentif disediakan demi kepentingan rakyat dalam bajet kali ini, antaranya Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah di mana skim itu akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
Itu antara intisari kata-kata DS Najib ketika melancarkan Karnival Skuad Sayang Wanita Umno di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang, dekat Kuala Lumpur.
BEGITULAH Keadaan sebenar di negara kita.Banyak pembangunan telah dilimpahkan sejak dari awal kerajaan BN memerintah.Jika dibandingkan keadaan negara sebelum merdeka,merentas tahun 70an,80an,90an dan akhirnya menitip tahun 2000....Pelbagai perubahan berlaku miniti pemerintahan 5 PM dan kini DS Najib memikul tanggungjawab berat diawal kuasanya...
1 Malaysia telah mula diterima umum walaupun peringkat awalnya begitu berliku...
Biarpun kerajaan BN mengalami tekanan hebat dalam PRU 12 namun ketabahan DS Najib bakal membuka hati dan minda rakyat untuk terus menilai dan BERUBAH KEMBALI ke landasan asal menjelang PRU 13.....
PEMIMPIN BN KENA BUAT KERJA....Jangan Buat Sikit Riuhnya Lebih.....Rakyat Sedang Menilai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan