Bantahan Kota Raja kerana pengiraan Undi dibuat di pejabat PKR tanpa kehadiran calon,sementara diKuala Selangor kertas undi disalah cetak....
PKR TERIMA Bantahan dari 64 cabang....
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Jawatankuasa pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima lima lagi bantahan daripada ahli parti itu yang tidak bersetuju dengan perjalanan mesyuarat cabang yang diadakan baru-baru ini.Marilah kita teliti sebahagian surat Zaid Ibrahim kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR..Dr. Molly Cheah.
Per: Proses Pemilihan Parti
Saya telah meniliti dan mengikuti perkembangan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) yang baru selesai. Banyak masalah timbul yang telah menjadi pengetahuan umum bahawa berlaku kekecohan dalam pemilihan peringkat Cabang.
Ada beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh pihak-pihak yang terlibat yang menimbulkan tanda tanya sama ada pemilihan parti dapat dilaksanakan dengan telus dan adil dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat nanti.
Antara perkara-perkara tersebut ialah tindakan dan keputusan pengawas pemilihan yang jelas memihak kepada kumpulan tertentu: jumlah pengawas yang tidak mencukupi, lalu dibantu oleh penyokong pihak yang bertanding; daftar pengundi yang digunakan oleh pengawas berbeza dengan senarai yang ada pada pihak yang bertanding; kertas undi yang sudah dipangkah didapati digunakan untuk memenangkan seseorang calon, jumlah kertas undi yang melebihi jumlah ahli yang hadir; peti undi yang tidak telus cahaya (transparent); calon tidak diwakili secara sah oleh polling and counting agent untuk mengesahkan jumlah kertas undi dan jumlah undi yang telah dikira; kertas undi tidak ada nombor siri; dan tidak ada proses pengesahan oleh wakil calon bahawa pengundian dibuat oleh nama pengundi yang berdaftar sahaja.
Satu pertiga daripada 195 cabang PKR yang telah mengadakan pemilihan mereka tetapi ianya BAGAI PERANG SAUDARA dalam PKR...
Inikah yang disebut parti yang memperjuangkan keadilan?
TEPUK DADA TANYALAH ANWAR IBRAHIM........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan