Ahad, 10 Oktober 2010

Siapa Bakal Menggalas Biawak Hidup?

KU LI nafi terima tawaran sebagai Pengarah Pilihanraya DUN Galas....Begitulah bunyi ayat kebanyakkan blog pro-pembangkang sebelum ini......................................                   Sebenarnya apa yang dikatakan Tengku Razaleigh ialah..."Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia,"

 Kesediaan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menerima pelantikan sebagai pengarah pilihan raya BN di DUN Galas disambut sinis oleh pemimpin pembangkang.


Bagi timbalan presiden PKR Syed Husin Ali, tindakan Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu tidak ubah seperti "menggalas biawak hidup".


"Ku Li setuju galas beban sebagai pengarah PRK (pilihan raya kecil) Galas untuk Umno. Tak ada pilihan lain? Harap dan doa Ku Li selamat dari menggalas biawak hidup," katanya dalam laman Twiter.


Semalam, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang mengesahkan menerima pelantikan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang selepas pulang daripada bercuti di luar.


Menurut Razaleigh beliau menerima tanggungjawab itu sebagai anggota Umno dan Ketua Umno bahagian Gua Musang selama hampir 50 tahun, selain anggota parlimen kawasan berkenaan..sumber MK.

DAH  Tak ada tuduhan lain yang boleh dibuat....Syed Hussin kata Ku Li bakal menggalas BIAWAK HIDUP..apahal pulak puak PiiKehYaar ni dah sewel ke..
Tak habis dengan Sakit Dalaman dan Biawak Hidup dalam pemilihan cuba nak keluar tajuk pulak....

SEBENARnya puak-puak ni dah ketar lutut bila Tengku Razaleigh setuju menerima perlantikkan itu,sebab tu Pok Nik sendiri mula pasang cerita Mak Yong bila nama Tengku Razaleigh DISEBUT sebagai Pengarah Pilihanraya juga mungkin calon BN di Galas.....Beliau menyifatkan cadangan itu menghina Tengku Razaliegh."Saya boleh sebut ini dah melampau,bukan taraf dia bertanding di DUN..Dia menteri dah,dah keParlimen nak turun ke DUN...ini dah tak betul.Tak jaga lidah betul ,jagalah lidah sikit...Ku Li ni keturunan raja dan pernah jadi menteri kewangan tiba-tiba nak letak di DUN..ada masalah lain le ni".....

Sekarang ni PAS dah cuba alih perhatian nak letak calon orang asli pulak...demi memikat hati kira-kira 1800 PENGUNDI pribumi itu...

Aku yakin bila Tengku Razaleigh bertemu Ketua Orang Asli Pandak A/L Panjang Ey  segalanya akan SELESAI......

1 ulasan:

  1. Le ni, puak-puak hamPAS kata Ku Li jadi kambing hitam pulak..... nampak sangat ketar kepala dia dia orang....

    BalasPadam