GOBALAKRISNAN TERPAKSA 'SERANG' AZMIN...kalau tidak ia tersungkur.
Azmin bertindak rasis kerana memanggilnya 'paria'..Gobala takkan tinggalkan PKR ,cuma BENGANG dengan Azmin saja...
KUALA LUMPUR 17 Okt. - Masa depan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) diramal malap sekiranya Azmin Ali berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden parti itu berikutan perseteruan yang berlanjutan antara mereka.
Seorang bekas pemimpin tertinggi PKR yang enggan namanya didedahkan berkata, lantaran itu Gobalakrishnan tidak mempunyai pilihan selain menyerang Azmin secara terbuka ketika ini.
Katanya, serangan itu dibuat dengan harapan ahli di peringkat akar umbi khususnya orang India tidak akan memberikan undi kepada Naib Presiden PKR itu.
"Tindakan Gobalakrishnan ini (menyerang Azmin) tidak sukar dibaca. Dia sebenarnya terdesak dan secara tidak langsung mahu membantu seorang seorang lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim yang juga tidak sehaluan dengan Azmin.
"Sama-sama kita nantikan kesudahannya. Jika Azmin berjaya menewaskan Zaid, pada masa itu tidak mengejutkan sekiranya Gobalakrishnan menjadi korban politik kerana dia sudah mengambil risiko yang besar dengan menyerang Azmin secara terbuka," katanya.
Khamis lalu, Goblakrishnan dalam satu sidang akhbar di Parlimen mendakwa Azmin adalah seorang yang rasis kerana pernah memanggilnya dengan gelaran 'paria'.
Ia merupakan permulaan kepada siri kritikan terbuka Gobalakrishnan terhadap Azmin dan semalam, beliau sekali lagi menyerang Azmin sebagai punca kepada masalah yang berlaku dalam parti.
Beliau secara terbuka berkata akan menyokong sesiapa sahaja sebagai calon Timbalan Presiden PKR asalkan bukannya Azmin.
Dalam perkembangan berkaitan, bekas pemimpin tertinggi PKR itu memberi jaminan bahawa serangan Gobalakrishnan itu bukannya satu sandiwara.
Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa semua pemimpin tertinggi PKR tahu mengenai ketegangan yang wujud di antara mereka berdua.
"Saya sendiri pernah menyaksikan bagaimana Azmin memanggil Gobalakrishnan dengan perkataan 'paria' pada mesyuarat parti di Damansara.
"Semua yang hadir terkejut dan Gobalakrishnan sendiri menjerit marah," dakwanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun berang dengan Azmin, Gobalakrishnan tetap bersama PKR kerana Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebagai orang tengah yang meredakan ketegangan.
"Memang Gobalakrishnan ini lantang dan berani 'menghentam' sesiapa sahaja dalam mesyuarat, tetapi dia ada kelemahan iaitu mudah 'cair' apabila dipujuk Anwar sendiri," katanya..sumber utusan.
Kisah 'Ultraman lawan Raksaksa' ini belum berakhir...sama-samalah kita nantikan adengan seterusnya.....
hahaha!! Lim Kit Siang the Autaman tak nak buat laporan polis dan menyalak ke pasal Azmin panggil gobala "paria"? kan itu dipanggil rasis?.. mgkin itu dianggap gurau senda kot!!!...
BalasPadamSalam all,
BalasPadamCamna nak buat laporan polis kan ke betul........ :*
dia takut anwar tak bagi hentan j dia tu
BalasPadam