Khamis, 21 Oktober 2010

Pembangkang jadi Enau Dalam Belukar di Batu Sapi...

PELUANG BAGI BN....PEMBANGKANG GAGAL capai kata sepakat,apabila masing-masing berkeras ingin menjadi MP BATU SAPI....PKR dan SAPP berdegil mahu calon masing-masing diketengahkan.....
 
  Calon BN daripada Parti Bersatu Sabah (PBS)sementara SAPP akan mengumumkan calonnya Sabtu ini, manakala  PKR memaklumkan akan mengumumkan calonnya "sedikit masa lagi".


Pilihan raya kecil Batu Sapi dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PKR dan SAPP apabila usaha mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti pembangkang itu menemui jalan buntu.

Namun begitu Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah setakat ini telah mengeluarkan 20 borang pencalonan untuk pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. Mungkin pertandingan lebih dari 3 penjuru...


Nampaknya usaha Anwar memukau Yong Teck Lee tidak berhasil. Yong begitu yakin bakal menggoncang BN di Batu Sapi...

PALING penting BN perlu menggunakan peluang sebaik mungkin dan menggarap semangat Persidangan UMNO walaupun calon didatangkan dari PBS.Seperti kata TS Muhyiddin..kata sepakat dalam BN tidak dapat dimiliki oleh Pakatan Pembangkang...apabila mereka gagal memutuskan 1 calon untuk menentang BN..


SEMOGA SEMANGAT BN bakal mempertahankan BATU SAPI...kekal sebagai KUBU KUATnya..di Sabah....

BIARKAN PEMBANGKANG JADI SEPERTI ENAU DALAM BELUKAR....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan