‘‘Kadang-kadang mereka sanggup melakukan sesuatu yang lebih baik daripada pemimpin Melayu hanya mahu memperdayakan pemikiran Melayu,” itulah antara luahan A. Rahman Manap yang pernah menjadi calon DAP P.Pinang, beliau membuat pendedahan tersebut kerana tidak mahu orang Melayu tertipu dengan segala muslihat DAP.
Menurut beliau, perjuangan DAP adalah total kepada kepentingan kaum Cina dan parti itu sebenarnya mahu meruntuhkan penguasaan politik Melayu di tanah air ini.
Katanya, walaupun Lim Guan Eng sering menyatakan bahawa DAP hanya memusuhi UMNO tetapi realitinya parti itu bersikap anti-Melayu. ‘‘Mereka hanya mahu menjadikan Melayu sebagai alat mereka mencapai cita-cita politik.”
Rahman menjadi aktivis DAP pada dekad 90-an,pernah menyandang jawatan AJK DAP Bayan dan Exco DAP P.Pinang ... telah menubuhkan tiga cawangan DAP Melayu dan pernah bertanding di Parlimen Permatang Pauh atas tiket DAP pada 1995 tapi tewas.. sumber suaraperkasa & utusan.
Awang Selamat menulis dalam ruangan bisik-bisiknya....
Kejayaan DAP mendapat banyak undi Melayu pada PRU ke-12 adalah atas sokongan para penyokong Pas selain sebahagian lagi penyokong PKR. Jika tidak kerana faktor Pas, DAP tidak akan mendapat sokongan Melayu yang signifikan.
Sesungguhnya masyarakat Melayu masih menghindari DAP apatah lagi dalam senario pasca PRU ke-12. DAP menjadi lebih rasis dan semakin agresif dalam gerak tindak mereka untuk menulis semula Perlembagaan negara. Yang tersirat, hala tuju parti itu adalah bagi menubuhkan negara republik - tanpa raja, tanpa mengambil kira sejarah bahawa Melayu sebagai kaum teras dan tanpa Islam sebagai agama rasmi.
Sesungguhnya DAP adalah parti paling rasis di dunia. Pada Awang, ancaman DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada apa-apa ancaman sekalipun yang pernah dihadapi dalam sejarah tanah air. Cuma bentuk penjajahan mereka lebih halus, berselindung atas slogan demokrasi dan tanpa menggunakan senjata. Tetapi implikasinya amat besar. Perlembagaan termasuk kedudukan Islam dan institusi beraja menjadi taruhan, yang akhirnya membawa Malaysia menuju negara republik. Apakah itu yang kita mahu?
AKU melihat DAP adalah musuh sebenar masyarakat Malaysia selepas era penjajahan dan komunis..Apakah orang melayu tak mahu sedar hakikat ini . ....
TETAPI harus kita amati...Siapa yang memberi ruang kepada DAP kalau bukan orang melayu sendiri.....?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan