USAHKAN nak terpilih...TEMUDUGA pun tak dipanggil. Begitulah yang terjadi kepada penduduk Kampung Aur yang mengharapkan pembukaan tanah Felcra Guchi memberi sinar harapan kepada masadepan mereka dan keluarga...tetapi 'berkecai' apabila Tanah Felcra yang dibuka di Kampung mereka
bakal di berikan kepada orang luar....
KAMPUNG AUR – Kira-kira 100 penduduk di Kampung Aur, Bukit Ibam di sini, kesal kerana nama mereka tidak tersenarai dalam panggilan temu duga rancangan tanah kelompok Felcra Guchi, Mukim Keratong, 11 Oktober depan.
Penduduk kesal kerana tanah ladang yang akan diusahakan Felcra itu terletak di Kampung Aur dan hanya 35 peserta berjaya untuk ditemu duga sedangkan terdapat lebih 1,500 kekosongan.
Penduduk terutama golongan berpendapatan rendah di kawasan itu kecewa kerana mereka seolah-olah tidak dipedulikan oleh pihak berwajib dalam mendapat hak keistimewaan sebagai penduduk asal di kawasan itu.
Apa yang menyedihkan, penduduk mendakwa pemilihan itu dibuat tidak memberi keutamaan kepada penduduk asal yang kebanyakannya hanya bekerja di ladang getah dan nelayan sungai.
Penduduk juga berharap pemilihan itu dibuat secara terbuka oleh pihak bertanggungjawab dalam menilai sendiri taraf hidup seseorang itu selaras dengan sasaran Felcra membasmi kemiskinan penduduk luar bandar.
SESUNGGUHNYA Felcra yang ditubuhkan sejak tahun 1966 bermatlamat untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.
SEMOGA Felcra akan membuka mata dari apa yang berlaku ..Mengapakah keutamaan tidak diberikan kepada penduduk asal di sana?
RAKYAT DIDAHULUKAN..PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..Slogan dan Amanat PM seharusnya dijadikan asas supaya tiada pihak yang layak akan dipinggirkan....
Koi dulu pernah juga interview FELCRA ni..hampes..dah 5 tahun jawapan pun tak do..
BalasPadamsalam brother
BalasPadamkera dihutan disusukan.
itulah falsafah diorang.. hampeh
kenapa mesti mahu berikan ada org luar ya..
kerana DUIT?
Ramai yang kecewa dengan Felcra ni..Menteri kena ambil perhatian.
BalasPadam