Sabtu, 23 Oktober 2010

Satu Lawan Satu di Batu Sapi?

YONG TECK LEE calon Pakatan Rakyat....Apakah PKR TERPAKSA akur dengan SAPP...

Pada 1994, Yong menjadikan 'hilang kepercayaan' sebagai alasan meninggalkan Presiden PBS, Datuk Seri Joseph Kitingan yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam politik.

SAPP diluluskan Pendaftar Pertubuhan sebagai parti politik baru manakala pada 22 Januari 1994, Yong sah sebagai Presiden SAPP

Malaysiakini melaporkan....
Parti Maju Sabah (SAPP) akan meletakkan presidennya, Datuk Yong Teck Lee sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini....
PKR dan BN dijangka mengumumkan calon masing-masing esok.

Pahang Daily pula melaporkan....
Datuk Yong Teck Lee  dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat. Perkara ini disahkan oleh Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh selepas berakhirnya rundingan tersebut hari ini. Sebelum ini, timbul desas desus bahawa akan wujud pertandingan tiga penjuru antara PKR-BN-SAPP. 

Yong Teck Lee pernah hilang kelayakan sebagai ADUN Likas dan Ahli Parlimen Gaya sejak September 2002 berikutan kesalahan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana rasuah.
KOTA KINABALU 20 Jun 2008 – Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee  disiasat kerana disyaki terlibat dalam satu kes rasuah membabitkan RM5 juta yang didakwa dilakukan ketika beliau menjadi Ketua Menteri Sabah....sumber Bernama.


AKHIRnya Pembangkang akur dengan kelebihan Yong Teck Lee..Walaupun Anwar selama ini melaungkan tidak akan bersekongkol dengan pemimpin yang telah ada rekod rasuah tetapi laungannya tidak berkesan lagi....Malah 6 kotak dokumen rasuah pemimpin UMNO yang pernah didakwa tidak terungkai hingga ke hari ini
menjadikan antara sebab-musabab Ezam hilang kepercayaan dan keluar dari PKR....

PERSOALANnya pengundi Batu Sapi telah memberi kepercayaan kepada Yong sehingga dinobat sebagai  KM Sabah tetapi amanah itu pernah dikhianati......

APAKAH  perlu diberi kepercayaan lagi....?

1 ulasan:

  1. salam brother
    rasuah membutakan mata hati
    rasuah memusnahkan dimana itu jujur
    akhirnya RASUAH dijadikan makanan yang lebih lazat
    dan kenikmatan itu hanya dapat
    dirasa pada manusia yang hilang keimanan....

    BalasPadam